Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata akan menyaman akhbar Umno Utusan Malaysia kerana didakwa memfitnahnya dalam laporan berkaitan kenyataannya terhadap titah diraja dan isu agama.
"Sebab utamanya kerana Utusan memutarbelit dan pusing kenyataan saya.
"Mereka menggambarkan saya sebagai sombong, angkuh, tidak tahu hormat dan dan keras kepala," kata pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) kepada Malaysiakinihari ini.
Aziz pada 11 Oktober lalu berkata, tindakan Sultan Selangor Sultan campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu,bukan tindakan yang lazim.
Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campurtangan tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.
Aziz berkata beliau sudah mengarahkan peguamnya Hanipa Maidin bagi menyaman Utusan dan seorang lagi peguam Zulqarnain Lukman bagi menguruskan perkara berkaitan laporan polis yang dibuat terhadapnya.
"Isunya di sini, saya bercakap berdasarkan pengetahuan dan kepakaran saya," katanya - ahli akademik tunggal yang menulils tesis doktor fasafah tentang peranan raja-raja dalam Islam dan demokrasi.
"Tetapi mereka bukannya memberitahu saya pandangan mereka, sebaliknya pergi ke merata tempat dan membuat dakwaan terhadap saya." [Baca berita penuh]
Utusan terus kritik
Katanya lagi dalamSementara itu, dalam perkembangan berkaitan,Utusan melalui kolumnis kontroversinya Awang Selamat terus mengkritik Aziz dan Malaysiakini yang menyuarkan kenyataan pensyarah itu sebelum ini.
Awang menulis, Aziz memberikan isyarat salah kepada pelbagai pihak termasuk bukan Islam bahawa Sultan boleh disanggah biarpun bawah bidang kuasa baginda.
Katanya, sebagai rakyat Malaysia dan orang Islam, reaksi Aziz yang mempertahankan kenyataannya dan enggan memohon maaf kepada Sultan Selangor, dilihat angkuh.
"Awang percaya seandainya kenyataan Sultan Selangor berhubung insiden di gereja itu dilihat memihak kepada pembangkang, nescaya Abdul Aziz akan berdiam.
"Tidak mungkin beliau akan menyanggah baginda kerana ada percaturan lain yang mengatasi soal kepentingan agama dan perlembagaan," coretnya.

- mkini