ARTIKEL SEBELUM

14/10/11

"Mustahil" Anwar Ibrahim Dapat Bersetubuh




PULAU PINANG : Seorang pesara tentera yang mengalami sakit tulang belakang yang sama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak percaya Ketua Pembangkang itu kini mampu melakukan hubungan seks dengan sempurna kerana penyakit itu menjejaskan kekuatan tenaga batin.

Ini kerana penyakit yang dialami Anwar itu menjejaskan tulang belakang kata Hashim Othman, bekas askar infantri di sini.

Tambahnya, hanya orang yang mengalami penyakit yang sama dapat merasakan penderitaan Anwar.

"Tapi kalau macam cerita Anwar mereka dok cerita tu, saya ingat mustahil. Tak terima akal. Pasal pakcik yang kena pakcik tahu. Orang yang tak kena boleh cakap apa saja. Tapi memang kekuatan tulang belakang. Pasal apa urat kita ni melalui tulang belakang. 0120

"Tapi kalau macam Anwar kena ni saya kata , bukan saya nak masuk sebelah siapa. Makna saya kena saya tahu. Apa macam kedudukannya, Kalau macam kes Anwar ni kita kata ini kes kita kata kes-kes rogollah, paksa atau sukarela . Ini maknanya saya tak percaya . Tapi saya tak kata 100 peratus. Kalau 99 peratus saya kata Anwar tak boleh."

Bekas askar berusia 77 tahun ini tidak malu menceritakan pengalamannya agar Anwar tidak dihujani dengan fitnah dan pelbagai tuduhan dan dakwaan yang memalukan.
Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sedang menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondo pada 26 Jun 2008.

Minggu lalu, peguambela Anwar mengemukakan bukti dari doktor beliau yang menyatakan kecederaan pada tulang belakang Anwar menghalangnya dari melakukan aktiviti-aktiviti lasak.

Beliau membuat pendedahan dalam satu sidang media di pejabat PKR di sini.

Menurut Hashim nafsunya menjadi lemah selepas menjalani pembedahan tulang belakang setelah terjatuh di banjaran berbatu batan di hutan Gunung Ledang berhampiran Tangkak, Johor.

Menurut Hashim, dia menjalani pembedahan selepas bersara pada umur 58 tahun, lebih kurang 19 tahun dahulu. Katanya, selepas pembedahan, dia menyedari nafsunya menjadi semakin lemah.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud