ARTIKEL SEBELUM

25/10/11

Lagi projek 'gajah putih' di Melaka

Elissa Helmy

Kerajaan negeri Melaka didakwa hanya mengutip sekitar RM57,500 daripada hasil pembinaan sebuah restoran terapung yang membabitkan kos binaannya berjumlah hampir RM1.2 juta di Ayer Keroh.



Pendedahan dibuat ADUN kawasan terbabit dari DAP, Khoo Poay Tiong yang menyatakan pengusaha terpaksa gulung tikar tahun lalu sehingga menyebabkan sewa serta bil air dan elektrik tertunggak mencecah sehingga RM26,000.



NONEDakwanya, restoran berkenaan kini sudah hampir setahun terbiar kosong tanpa berpenghuni, padahal perjanjian mengusahakan restoran itu adalah selama tiga tahun sehingga Mei tahun ini.



Sambil melabelkan projek berkenaan sebagai satu lagi 'projek gajah putih' kerajaan negeri Melaka, beliau berkata, kos RM1.2 juta membina restoran berkenaan adalah dari peruntukan Kementerian Pelancongan.



Menurutnya, meskipun perjanjian dengan pengusaha adalah untuk tempoh tiga tahun, namun pengusaha terpaksa gulung tikar lebih awal memandangkan restoran berkenaan tidak mendapat sambutan.

Tak mampu bertahan



"Pengusaha itu hanya mampu bertahan selama 23 bulan. Akibatnya, baki sewa serta bil elektrik dan air untuk restoran itu menjadi tertunggak sehingga mencecah hampir RM26,000.



"Sepanjang restoran ini disewa, kerajaan hanya mendapat sejumlah RM57,500 sedangkan kos membinanya mencecah RM1.2 juta," katanya semasa meninjau persekitaran restoran itu di Ayer Keroh.



zoo melakaMalaysiakinidifahamkan, restoran berkenaan, yang terletak berhampiran Taman Tasik di Ayer Keroh, kini berada di bawa pengurusan pihak Zoo Melaka.



Menurut Khoo, kerajaan negeri harus memikirkan cara terbaik untuk mengunakan bangunan restoran berkenaan bagi mengelak ia daripada terus terbiar.



Menurutnya, restoran ini merupakan satu lagi contoh pembaziran yang diamalkan kerajaan sehingga ia akhirnya menjadi gajah putih.



"Ini jelas menunjukkan kerajaan tidak menjalankan kajian terperinci sebelum melaksanakan sesuatu projek sehingga akhirnya ia merugikan rakyat memandangkan wang yang digunakan adalah wang rakyat.



"Ini bukan kali pertama perkara sebegini terjadi, malahan sudah seringkali berlaku," katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud