Titah Sultan Selangor bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak betul ketika pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Ogos lalu, menyangkal dakwaan bahawa pegawai penguatkuasa JAIS membelakangkan peraturan dan undang-undang, kata exco Selangor, Datuk Hasan Ali.
Beliau yang menyambut baik titah Sultan Sharafuddin Idris Shah itu juga menghargai komitmen baginda dalam mempertahankan kesucian agama Islam di negeri ini.
"Baginda Sultan menzahirkan komitmen yang tidak berbelah bagi terhadap Islam khususnya yang berkaitan dengan akidah ummat.
"Saya juga berasa lega dengan titah baginda sultan, bahawa siasatan JAIS itu telah dilakukan mengikut lunas undang-undang," kata Hasan dalam satu kenyataan media.
Menurut beliau, titah sultan itu juga mencerminkan ketegasan baginda agar tiada lagi insiden pemesongan akidah membabitkan umat Islam berlaku di negeri Selangor.
"Baginda sultan mahukan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS sebagai agensi yang bertanggungjawab secara langsung dalam isu ini supaya bertindak secara profesional.
“Saya akan mengadakan pertemuan dengan pengarah JAIS dan Ketua Penguatkuasa Agama bagi menyelami dan mengambil iktibar dari isi kandungan titah tersebut.
“Saya juga akan menentukan bahawa setiap tindakan penguatkuasaan yang akan dilakukan mestilah menggunakan sistem pengurusan berprestasi tinggi dan peralatan yang canggih supaya setiap kes yang diambil dapat dipertahankan di muka keadilan.," katanya.
JAIS sebelum ini mengesahkan tidak akan mendakwa semua 12 umat Islam yang ditahan semasa pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), 3 Ogos lalu berikutan tidak mempunyai bukti yang mencukupi.