Malas aku nak komen ko orang baca dan fikir ulasan Artis kita di bawah tentang Hudud ,kenapa boleh jadi macam ni ? Siapa yang bersalah bila rakyat tidak faham mengenai HUDUD termasuklah artis-artis di bawah.
Enot - Memang zaman dahulu orang Islam amalkan hudud kepada mereka yang membuat kesalahan contohnya bagi mereka yang berzina,hukuman SULA akan dikenakan.Tapi rasanya sekarang ia tidak lagi sesuai.malah kita wajar memberi peluang kepada pesalah untuk berubah.Kalau hukum hudud dijalankan,pesalah terbabit terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak sempurna seperti tiada tangan, kaki dan sebagainya. Bagaimana pun, semua ini tidak menjamin mereka akan insaf sepenuhnya.
Heliza AF- Kalau nak laksanakan hukum hudud banyak perkara yang perlu diberi pertimbangan dan penilaiannya.Kita kena lihat keberkesanan hukum ini dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Mungkin di negara Arab ia sesuai dijalankan kerana ia sudah biasa mengamalkannya sejak dahulu lagi. Tapi jika kita baru hendak melaksanakannya di sini, pasti ramai yang tidak dapat terima.Bagaimanapun hukum hudud ditetapkan dalam agama Islam dan perbezaan zaman banyak meninggalkan impak terhadap hukuman ini.
Ayu Raudhah - Rasanya ramai terkejut mendengar berita ini, jika ia benar-benar dijalankan di negara kita satu masa nanti.Hukum Hudud memanglah sudah termaktub dalam undang-undang Islam tetapi susah juga kalau kita nak ikut. Banyak perkara perlu diambil kira kalau hukum hudud hendak dilaksanakan nanti,macam mana pun kita tak boleh halang sekiranya ia berlaku.
Bagi saya bila isu ini mula diperkatakan,rasanya ramai tidak setuju untuk melaksanakan hukum hudud sekarang.Memang tidak dinafikan hukum hudud sudah tertulis dalam agama kita,tetapi ia tidak wajar dilaksanakan terus.Mungkin ia boleh dicuba terlebih dahulu oleh pihak berkenaan. Contohnya ia boleh dilaksanakan di sesebuah negeri dahulu,jika dilihat baik dan memberikan banyak manfaat, barulah diteruskan tetapi jika sebaliknya, pihak berkenaan perlu menghentikan hukum tersebut.lagipun banyak penganut agama lain yang menetap di sini,rasanya hukuman sebegini tidak boleh dilaksanakan kepada mereka,lagipun kita sama-sama hamba Allah SWT yang diberikan peluang berubah.