KUALA LUMPUR – Seperti yang dilaporkan sebelum ini, pelakon dan penyanyi terkenal, Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan telah dimasukkan ke hospital Gleneagles minggu lalu ekoran tekanan perasaan yang berkait dengan hal-hal peribadi semasa yang dihadapinya sejak akhir-akhir ini.
Beliau dimasukkan ke hospital pada hari Isnin dan keluar pada hari Rabu, yakni pada hari resepsi perkahwinan antara bekas suaminya, Norman Hakim dan pasangannya barunya, Memey Suhaiza.
Bagaimanapun, bekas Pelakon TV Wanita Popular sebanyak empat kali itu menafikan tekanan tersebut ada kena mengena dengan kedua pihak itu.
Abby sebaliknya berkata ia berkaitan dengan stress lain dan tidak melibatkan bekas suaminya itu.
Gambar di atas diambil dari Facebook Abby yakni ketika dia berada di hospital berkenaan.