ARTIKEL SEBELUM

1/10/11

Baca ni Akhbar Utusan yang Bongkak...!!

Utusan tidak perlu minta maaf kepada Khalid

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Walaupun Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan syarikat akhbar tersebut telah memfitnah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad namun defendan tidak perlu meminta maaf.

Ini kerana mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan defendan-defendan untuk berbuat demikian.

Khalid selaku plaintif juga hanya berhak menerima jumlah ganti rugi yang minimum kerana kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua defendan terbabit ialah 'memuat turun artikel daripada blog tanpa memeriksanya dari segi sensitiviti'.

Jumlah ganti rugi minimum itu akan ditentukan oleh mahkamah selepas mendengar hujah daripada pihak-pihak yang terlibat pada 11 Oktober ini.

Selain itu, menurut Hakim Dr. Prasad Sandosham Abraham, tindakan plaintif tidak menamakan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebagai defendan serta mengambil masa yang terlalu lama untuk memfailkan saman agak 'membingungkan'.

Hakim tersebut berkata demikian pada keputusan kes saman fitnah Khalid yang juga Yang Dipertua Pas Shah Alam terhadap Aziz dan Utusan Melayu (M) Bhd. yang dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua.

Pada prosiding hari ini, Khalid diwakili peguam Azhana Mohd. Khairudin manakala kedua-dua defendan diwakili peguam, Mohana Kumar.

Khalid dalam saman yang difailkan pada 26 November tahun lalu menyatakan, pihak defendan telah menerbitkan satu artikel berunsur fitnah bertajuk Zulkifli bidas 'Pak Janggut' yang secara langsung atau tidak langsung didakwa merujuk atau difahami merujuk kepadanya.

Artikel tersebut yang disiarkan pada 11 September 2009 membawa maksud bahawa plaintif sanggup memutar belit ayat-ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam.

Pihak defendan dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 7 Januari lalu menegaskan, laporan berita tersebut telah diterbitkan semula oleh defendan kedua berlandaskan penulisan atau komentar Zulkifli Noordin dalam laman blognya http://zul4kulim. blogspot.com bertajuk Al-Baqarah: Alahai Sang Lembu pada 9 September 2009. UtusanMeloya

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:


Korang dah habis baca entri copy paste gua diatas ? Bongkak dan Ego ni rumusan aku... Dah buat salah masih lagi tak mohon maaf he he he ..Utusan percaya cerita Zul kulim 200 % ha ha ha...padan muka.


Macam perangai dajal.... woi !! utusan ingat Fitnah tu kalau di eja dengan huruf nampak simple dan mudah tapi hakikatnya kesan dari kerje fitnah ini amat dasyat implikasinya baik yang kena fitnah atau yang buat fitnah..

Yang di fitnah sudah tentu malu atau diaibkan akibat kesan fitnah itu...tapi yang membuat kerja fitnah lagi buruk kesanya kerana banyak peringatan hadis dan ayat Quran tentang fitnah.

Mahkamah telah menjatuhkan hukuman utusan bersalah bererti kamu telah melakukan kesalahan..maka semolek moleknnya utusan memohon maaf kepada yang kena fitnah agar dapat di ampun dosa kerana membuat fitnah...

Jangan ego tak bertempat ......



Dan Fitnah itu lebih bahaya daripada membunuh.( Surah al- Baqarah 191).

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Pengajaran: Fikir-fikirlah biarpun beribu kali sebelum membuat fitnah. Sememangnya terdapat syaitan di kalangan jin, dan syaitan di kalangan manusia.
Memang sifat dajal !!

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud