SUBANG JAYA 28 SEPT : Siasatan awal mendapati letupan yang merosakkan sebahagian besar kompleks beli belah Empire, Subang Jaya, berpunca daripada tangki gas di tingkat bawah bangunan itu.
Letupan itu memusnahkan empat aras letak kereta, dua aras ruang kedai dan restoran, dan juga block A bangunan itu. Blok pangsapuri dan pejabat bersebelahan bangunan itu juga rosak.
Seramai 300 penginap sebuah hotel berhampiran bangunan terpaksa di pindahkan atas sebab keselamatan.
Menurut laporan wartawan tvselangor, keadaan di kompleks itu adalah terkawal dan kawasan sekitar ditutup polis selepas kejadiaan jam 3.45 pagi.
Empat pekerja yang cedera di dalam letupan itu berjaya diselamatkan.
Mereka adalah Tan Wern Fang, 24, Chua Chin Hong, 27, Surendran Kris Krishnan, 33 dan Chhring Dawak Sepa, seorang warga Nepal.
Seorang wakil pejabat ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh tampil menyampaikan makanan tengahari kepada petugas yang bertungkus lumus menjalankan operasi menyelamat sejak awal pagi.
Yeoh sendiri tampil melawat tempat kejadian sekitar jam 6.45 pagi.
Penolong pengarah operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harun menjelaskan letupan itu dipercayai berpunca daripada kebocoran gas di aras bawah, dia berkata.
“Setakat ini kami masih menjalankan siasatan dan kawalan, kami membawa empat unit forensik, kimia, siasatan dan penyelamat yang kesemuanya 50 anggota,” Mohd Sani berkata ketika di temui