ARTIKEL SEBELUM

24/09/11

Misteri larangan siar 'Siasat' edisi Cina ntv7


Sebuah episod program halehwal semasa 'Siasat' edisi Cina stesen ntv7 milik Media Prima yang disiarkan setiap hari Khamis, telah dilarang disiarkan malam tadi.

Tiada penjelasan yang diberikan berhubung keputusan mengejut untuk tidak menyiarkan episod tersebut, yang bertajuk "Saya mahu ke sekolah".

ntv7 siasat programme banned 230911 04Sebaliknya ia digantikan dengan siaran semula episod lama siri 'Siasat' selama 30 minit yang disiarkan pada jam 11.30 malam setiap hari Khamis.

Pasukan produksi 'Siasat' mengumumkan perubahan siaran di halaman Facebooknya malam tadi, tanpa memberi apa-apa penjelasan.

Beberapa pengunjung Facebook mengesyaki ia disebabkan campurtangan politik atau kawalan media.

Sumber ntv7 memberitahu pasukan produksi itu menerima arahan dari 'pihak tertinggi' stesen TV tersebut pada hari Rabu, bahawa dokumentari "Saya mahu ke sekolah" itu tidak perlu disiarkan.

Mereka tidak memberi sebarang alasan, tambah sumber itu.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud