ARTIKEL SEBELUM

3/09/11

MENJAWAB FITNAH KOMUNIS TV3- Mat Sabu





KOTA BHARU: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tetap dengan pendiriannya bahawa Ahmad Indera atau Mat Indera yang mengetuai serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong di Johor adalah pejuang kemerdekaan kerana menentang British yang menjajah negara ketika itu.

Sambil mendakwa beliau tiada niat untuk mengelirukan masyarakat, Mohamad menegaskan rakyat perlu membezakan antara kerajaan yang memerintah sebelum merdeka dan juga selepas kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.

“Saya tak bagi keliru... Utusan (Malaysia) cuba mengelirukan. Lepas merdeka ialah pemerintahan merdeka, sebelum itu (merdeka) pemerintahan British dan itu jelas... apa masalahnya? Yang menentang British disebut pemberontak, yang menyokong Jepun disebut tali barut... kenapa? Patutnya yang menyokong British juga tali barut.

“Bagaimanapun, pegawai kerajaan yang dilatih bawah British ada yang mempunyai integriti hebat dikekalkan sehingga mereka berkhidmat dalam kerajaan (selepas) merdeka antaranya Tan Sri Ahmad Nordin, Tan Sri Arshad Ayob, Tan Sri Harun Hashim, Tun Sufian dan Tun Salleh Abas.

“Mereka dilatih pentadbiran British dan adalah pemimpin berwibawa apabila berkhidmat dalam kerajaan merdeka, tidak semua berkhidmat dengan British sampah serta tak berguna,” katanya pada sidang media di Pejabat PAS Kelantan di sini, semalam.

Kenyataan Timbalan Presiden PAS itu berhubung isu serangan komunis di Bukit Kepong sebelum ini menerima kritikan dan kecaman pelbagai pihak termasuk Pengerusi DAP, Karpal Singh yang memintanya menarik balik kenyataan berkenaan.

Ditanya sama ada anggota polis yang terkorban dalam serangan itu tidak berjasa kepada negara, beliau berkata, ketika itu bendera yang dikibarkan adalah Union Jack dan ia bergantung kepada tafsiran masing-masing.

“Tafsiran saya, polis bila-bila pun terkorban, dikorban dan berkorban... (kerana) mereka hanya ikut dasar pemerintahan pada masa itu. Ada di antara mereka saudara kita... kita juga simpati,” katanya sambil menegaskan isu itu tidak akan menjejaskan undi rakyat kepada pembangkang pada pilihan raya akan datang.

Mohamad berkata, jumlah pejuang kemerdekaan negara adalah ramai dan perlu sebaris bagi membolehkan masyarakat mengetahui serta menghargai mereka, bukan hanya bertumpu kepada Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar.

“Jika letak Tunku Abdul Rahman, Datuk Onn sebagai pejuang kemerdekaan okaylah... tetapi mestilah sebaris bersama tokoh yang sama-sama berjuang antaranya Pak Sako dan lain-lain, maka rakyat akan terpanggil meraikan hari merdeka, sedangkan 31 Ogos sekarang lebih menjurus kepada perayaan UMNO,” katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud