Reece Donovan dari Cross Road, Romford, dikenakan tuduhan bertindak demikian ketika satu insiden di Barking, lapor laman Metro Online.
Seorang jurucakap polis berkata Donovan, sama ada berusia 21 atau 23 tahun, berhadapan dengan tuduhan itu dan akan muncul di Mahkamah Majistret Westminster lewat hari ini.
Donovan sebahagian daripada sekitar 1,000 orang yang telah ditahan oleh polis Britain sejak tiga hari lalu.
Serangan ke atas Asyraf, 20, pada Selasa lalu menjadi tajuk utama selepas rakaman kejadian itu disebarkan menerusi YouTube.
Asyraf menjadi sasaran sekumpulan perusuh ketika dia sedang mengayuh basikal ke rumah kawannya.
Kemudian Asyraf yang cedera dibantu oleh sekumpulan belia yang melalui kawasan itu. Berdasarkan rakaman itu, mereka kelihatan membantunya sebelum menggeledah bag sandarnya dan melarikan dompet dan telefon bimbit.
Pelajar dari Kuala Lumpur dibenarkan keluar hospital semalam selepas menjalani pembedahan di bahagian rahang yang patah ketika diserang.
Ketika bercakap kepada pemberita selepas pembedahan, Asyraf dipetik BBC semalam berkata, dia tidak rasa benci dengan nasib dialaminya, sebaliknya mahu kekal di Britain untuk meneruskan pengajian.
Laman BBC juga membawa laporan mengenai tuduhan ke Donovan hari ini.