Harakahdaily |
IPOH, 2 Ogos: Keyakinan PAS Perak bahawa Pakatan Rakyat bakal memberi cabaran besar buat Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang bakal berlangsung bila-bila masa sahaja ternyata berasas. Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husain (gambar) menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan The Malaysian Insider hari ini menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) boleh kehilangan Perak dan Negeri Sembilan pada PRU ke-13, berdasarkan keputusan pilihan raya olok-olok. Pilihan raya olok-olok tersebut diadakan sebagai langkah persediaan awal jentera BN untuk menghadapi PRU ke-13. Pada Mac 2008, Umno bertanding di 34 daripada 59 kerusi Dewan Undngan Negeri di Perak dan menang 27 kerusi manakala MCA pula satu. Pakatan Rakyat pula memperolehi 31 kerusi. Tidak sampai setahun memerintah, rampasan kuasa berlaku setelah beberapa episod lompat parti yang sedikit sebanyak menjejaskan pihak Kerajaan Perak ketika itu yang diterajui Pakatan Rakyat. “Krisis dalaman yang dihadapi Umno kian meruncing dan ia terbukti dengan hasil keputusan pilihan raya olok-olok ini,” kata Abu Bakar dalam satu kenyataan di sini. Lalu, ujarnya PRU 13 akan menjadi manifestasi bahawa rakyat tidak merestui perbuatan mereka merampas Perak daripada Pakatan Rakyat. Justeru, beliau menggesa semua ahli PAS agar meningkatkan lagi hubungan dengan Allah SWT terutama sekali di bulan Ramadhan yang mulia ini. Tegasnya, teruskan berkhidmat pada masyarakat agar Allah SWT berkenan untuk memberikan kemenangan Pakatan Rakyat menjelang PRU 13. |
ARTIKEL SEBELUM
2/08/11
P’raya olok-olok: Pakatan cabaran besar BN berasas
NEWS ONLINE
-
Projek Aerotrain baharu di KLIA dijangka siap lebih awal5 bulan yang lalu
-
DAP aktifkan jentera pilihan raya serta merta2 tahun yang lalu
-
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri4 tahun yang lalu
-
Jangkitan beguk, murid SK Bukit Sentosa stabil6 tahun yang lalu
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata7 tahun yang lalu
-
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti?7 tahun yang lalu
-
Pengumuman calon Pas untuk P067 Kuala Kangsar8 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan10 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MINDA DAN AGAMA
-
Cerita Salasilah3 bulan yang lalu
-
-
Cerita Dari Masjidil Nabawi Madinah3 tahun yang lalu
-
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT6 tahun yang lalu
-
RUMAHKU SYURGAKU6 tahun yang lalu
-
Sajak "Keretapi Malam"9 tahun yang lalu
-
-
Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran10 tahun yang lalu
-
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH11 tahun yang lalu
-
-
-
-
DALIL TENTANG MAULID NABI MUHAMMAD SAW11 tahun yang lalu
-
-
Sebenar-benar sahabat13 tahun yang lalu
-
Jahil Masyuk!14 tahun yang lalu
posting terkini dari batuvskayu
Sukan
-
-
Announcing Nas.io2 tahun yang lalu
-
Sotong Goreng Tepung..7 tahun yang lalu
-
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani (Nov. 2016)7 tahun yang lalu
-
Pic Viral Benzema in Arsenal FC9 tahun yang lalu
-
KITA MENANG LAPAN KALI!!!!!12 tahun yang lalu
-
-