ARTIKEL SEBELUM

8/08/11

Padah tidak menghormati bulan Ramadan

KUALA TERENGGANU – Padah tidak menghormati bulan Ramadan, enam sekawan didenda RM2,000 setiap seorang setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Majistert di sini kerana berjudi.

Mereka ialah Abdul Rahim Sigh Abdullah, 37, dari Seberang Takir; Yuhasafuddin Yusof, 24, dari Kampung Rhu 10 Setiu; Mat Seri Mamat, 48, dari Taman Sri Kolam; Malizar Sutan Sulaiman, 51, dari Kuala Ibai; Ibrahim Abdulah, 55, dari Kampung Padang Ujib Manir; dan Mahsuri Ngah, 60, dari Kampung Melintang Wakaf Beruas.

Mereka dituduh melakukan perbuatan tersebut di belakang sebuah kedai di Jalan Sultan Ismail pada jam 12.15 pagi tadi.

Kesemua mereka didakwa secara bersama berjudi dengan menggunakan buah dadu dan bertaruh dengan menggunakan wang yang merupakan kesalahan mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kesemua mereka yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Azizah Mohd Yusof. – Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud