ARTIKEL SEBELUM

16/08/11

Liwat II: Bekas IGP Musa Hassan ditemubual esok


Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan dua lagi saksi potensi akan ditemuabual oleh peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Perkara itu diumumkan oleh peguam Sankara Nair, selepas menemubual pembantu rumah Indonesia Suchiyati bersama rakannya yang lain Param Cumaraswamy dan Ram Karpal.

sankara nair bukit aman teresea kok isa arrest pc 170908 01"Hari ini polis membawa seorang daripada pembantu rumah yang masih bekerja dengan pemilik kondo. Kami masih tidak mengetahui status seorang lagi pembantu rumah.

"Esok, mereka akan membawa dua lagi saksi termasuk Musa. Musa kini diluar negara dan akan hanya kembali pagi esok,” kata Sankara.

Dua lagi baki saksi yang akan ditemubual adalah jururawat Hospital Pusrawi Yazihan Jusoh dan bekas pembantu Anwar Mohd Khoharullah Abdul Majid yang juga pemandunya.

Perbicaraan akan bersambung Isnin ini di mana Anwar berdepan dengan tiga pilihan semasa membela dirinya.

Anwar boleh memberi keterangan dari kandang saksi, memberi keterangan dari dock ataupun memilih untuk mendiamkan diri.

Perbicaraan yang sepatutnya bermula Isnin lalu terpaksa ditangguhkan kerana pihak pembelaan hanya berjaya menemubual 19 saksi potensi dan masih ada enam lagi yang belum dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Mereka yang dipanggil itu termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, yang hadir pada Jumaat lalu. Bagaimanapun kedua-dua Najib dan Rosmah enggan ditemubual dan berkata mereka tidak mahu menjadi saksi pembela kepada Anwar.

azlanPada 16 Mei lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan Mohd Saiful bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.- mkini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud