PETALING JAYA: Seorang lelaki mati manakala rakannya parah ditembak anggota polis ketika kedua-dua mereka cuba menyamun sebuah pusat siber di Kampung Baru, Sungai Buloh, di sini, pagi semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu, kedua-dua suspek masing-masing berusia 20-an dan 30-an memasuki premis berkenaan dengan bersenjatakan pistol serta sabit. “Tanpa menyedari dua daripada tiga pelanggan di dalam premis berkenaan anggota polis yang membuat intipan, suspek mengacukan senjata ke arah pekerja pusat berkenaan dan meminta mereka menyerahkan wang.
Menurutnya, terkejut dengan kehadiran anggota polis itu, suspek mengugut untuk melepaskan tembakan sekiranya anggota itu tidak mengundurkan diri.
Tun Hisan berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan bekerja sebagai pegawai keselamatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata,” katanya.-mymetro