ARTIKEL SEBELUM

8/08/11

Keputusan panggil Najib, Rosmah ke mahkamah hari ini

KUALA LUMPUR: Perbicaraan Fitnah II memasuki peringkat pembelaan hari ini dan akan berlangsung sehingga 26 Ogos depan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dijangka menyampaikan keputusan beliau di awal perbicaraan samada membenarkan permohonan untuk mensapina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor agar hadir ke mahkamah memberi keterangan.

Kedua-dua mereka termasuk di antara lima orang saksi yang dipohon perintah sapina ke atas mereka oleh peguam Anwar kerana enggan hadir ke mahkamah.

Tiga yang lain adalah mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Rodhwan Yusof dan Haji Hasanuddin Abdul Hamid, pemilik kondominium Desa Damansara.

Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Rodhwan Yusof adalah dua personaliti yang terlibat dalam merekayasa Fitnah 1998 terhadap Anwar.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon untuk mensapina Najib dan Rosmah kerana kerana mereka menemui pengadu kes Fitnah II, Saiful Bukhari Azlan, dua hari sebelum tarikh kejadian liwat kononnya didakwa berlaku.

Kedua-dua mereka sebelum ini enggan ke mahkamah untuk ditemubual melainkan menerima perintah sapina walau pun terlibat secara langsung dalam kes Fitnah II.

Hakim Zabidin akan turut memberikan keputusan terhadap permohonan peguam Anwar untuk menemubual 10 saksi alibi yang berada di dalam kondo bersama Anwar pada waktu kejadian kononnya didakwa berlaku.

Di antara mereka adalah bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Nik Mahmood Nik Hassan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malysia Omar Malek Ali Merican, Ketua Pegawai Eksekutif Deutsche Bank Raymond Yeoh, bekas pengawal Anwar, Mokhtar Mustafa dan Abdullah Sani Said, dan bekas pemandu peribadi Anwar, Mohd Khoharullah Abdul Majid.

Peguam Anwar, Karpal Singh minggu lepas dalam penghujahannya sewaktu memohon perintah sapina menegaskan keperluan untuk pasukan peguambela mensapina saksi adalah satu perkara luarbiasa.

Menurutnya, ia bertentangan dengan amalan biasa perbicaraan dan juga persetujuan dengan pendakwa raya sebelum Anwar diperintah membela diri.

Anwar juga berterusan berhadapan dengan perbicaraan berat sebelah apabila beliau tidak diberikan salinan kenyataan saksi yang ditemubual dan dirakam polis.

Ini kerana Mahkamah Persekutuan sebelum ini menukar keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan dokumen itu diberikan kepada peguam Anwar.

Peguam Anwar juga dinafikan senarai saksi pada peringkat awal perbicaraan. Mereka hanya diberikan senarai itu apabila Anwar diperintahkan membela diri.

Setakat ini, peguam Anwar hanya berjaya menemubual lima saksi daripada senarai saksi yang dipanggil untuk ditemubual.

Mereka adalah Mumtaz Jaafar, pembantu Rosmah dan bekas atlit kebangsaan, Dr Mohamad Osman dari Hospital Pusrawi, bekas Pegawai Khas Najib Khairil Annas Jusoh – yang pernah bertemu Saiful, Dr Anantha Raj Daniel dari Hospital Kuala Lumpur dan kakak Saiful, Saidati.

Saksi pasukan pembelaan, pakar patologi forensik Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald – juga dijangka memberikan keterangan dalam perbicaraan kali ini.

KeadilanDaily

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud