ARTIKEL SEBELUM

1/08/11

Isteri Baharuddin Fail Permohonan Siasat Punca Kematian


KUALA LUMPUR 1 OGOS : Isteri kepada peserta himpunan aman Bersih 2.0 yang meninggal dunia ketika menyertai himpunan itu, Allahyarham Baharuddin Ahmad, hari ini memfailkan permohonan agar diadakan siasatan khas bagi merungkai misteri kematian suaminya.

Rosni Malan, 55 tahun menjelaskan, permohonan tersebut terpaksa dilakukan ekoran pihaknya sehingga kini masih belum menerima apa- apa maklum balas daripada majistret dan Jabatan Peguam Negara berhubung tuntutan penjelasan punca kematian allahyarham bulan lalu.

"Tujuan saya ikhlas, Ketentuan Allah saya terima. Tetapi saya dan keluarga perlu mengetahui bagaimana cara kematian beliau. Ini akan memberi pengajaran kepada kita," kata Rosni di hadapan wartawan di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Rosni ditemani dua anaknya serta peguam, Ahmad Jufliz Faiza, Patrick Dass dan Chaan Chew Weng memfailkan permohonan kira-kira jam 2 petang tadi.

Beliau turut merayu orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantunya mencari kebenaran dan keadilan terhadap suaminya.

"Saya harap jika orang ramai ada bukti berkaitan suami saaya bolehlaah kemukakan kepada peguam saya atau hadir di Mahkamah nanti untuk beri keterangan," katanya lagi.

Baharudin meninggal dunia selepas pengsan di perkarangan Kuala Lumpr City Center (KLCC) pada 9 Julai lalu.

Mengikut laporan awalnya, Baharudin sesak nafas selepas menghidu gas pemedih mata yang ditembak pasukan keselamatan ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.

Bagaimanapun, pihak polis kemudiannya menafikannya dan mendakwa, Baharudin mati kerana komplikasi jantung.

Namun, Rosni dan keluarganya menafikan arwah menghidap sebarang penyakit kronik.

"Terdapat banyak tuduhan yang dibuat mengenai kematian suami saya tetapi apa yang saya tahu berbeza dengan maklumat yang diterima. Suami saya sentiasa sihat sebelum ini dan tiada tanda dia mengalami apa-apa sakit yang serius," kata Rosni lagi.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud