Dalam kehangatan yang masih terasa kesan dari perhimpunan aman Bersih 2.0 kelmarin, ada kebetulan yang mungkin tidak disedari oleh orang ramai.
Kebetulan yang dikatakan itu ialah berkenaan pihak yang mengarahkan sekatan dan pihak yang menjadi kambing hitam atas sekatan kepada perhimpunan itu.
Jika dilihat kepada Misi Kemanusiaan International Freedom Flotilla 2, pasukan bantuan itu telah disekat oleh rejim Israel dengan menggunakan Greece sebagai kambing hitam mereka.
Pasukan itu yang turut disertai oleh Umno telah menyatakan bantahan mereka kepada Greece kerana menghalang pasukan itu dari meneruskan pelayaran ke Palestin kerana tekanan rejim Israel.
Sementara dalam perhimpunan kelmarin, pihak polis nyata telah dijadikan kambing hitam sebagai perisai hadapan bagi Umno yang berada di belakang mereka.Inilah kebetulan yang terjadi.
Diminta mengulas berkenaan persamaan ini, Ustaz Mohd Nor dengan tegasnya menyatakan bahawa hal ini membuktikan 1Malaysia sememangnya ditaja oleh yahudi yang bertopengkan APCO.
“Umno menyatakan bantahan dan marahkan Israel kerana berada di belakang Greece yang menyekat pasukan Flotilla, tetapi mereka juga berbuat hal yang sama kepada perserta perhimpunan aman Bersih 2.0 kelmarin.
Umno pula cuba menggagalkan Bersih 2.0 dengan menggunakan polis,” katanya.
Misi kemanusiaan Flotilla untuk membantu rakyat palestin yang tertindas, begitu juga misi perhimpunan Bersih 2.0 adalah untuk membantu rakyat Malaysia keluar daripada kezaliman dan ketidakadilan sistem pilihanraya di Malaysia.
Oleh itu, tiada alasan lain kecuali sememangnya Umno mengikut cara Israel dalam menangani hal yang mereka fikirkan akan merugikan mereka walaupun dengan mengkambing hitamkan pihak lain.
“Dengan akta-akta rimba seperti ISA yang masih dikekalkan oleh Umno, yang mana ianya adalah hasil tinggalan warisan Israel melalui British kepada Umno.
Maka tidak menghairankan jika tindak tanduk Umno menyamai Israel,”ujar beliau. -http://dunbpayong.blogspot.com