ALOR SETAR - Beberapa buah rumah dan kereta pemimpin serta pusat khidmat wakil rakyat Pas disimbah dengan cat dalam beberapa kejadian malam tadi dan awal pagi ini.
Selain itu, mereka juga menerima nota ugutan yang dibungkus dengan batu supaya tidak menghadiri perhimpunan haram di Kuala Lumpur, Sabtu ini.
Dalam kejadian itu, kereta Ahli Parlimen Pendang Dr. Hayati Othman dan Setiausaha Pas Kawasan Alor Setar Adnan Saad disimbah dengan cat merah manakala rumah yang terlibat adalah milik Ketua Penerangan Pas Kuala Kedah Ridzuan Abu Bakar dan Anggota Jawatankuasa (AJK) Pemuda Pas Kuala Kedah Mohd. Radi Said.
Turut disimbah cat merah adalah Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan Mohd. Nasir Mustafa. - Bernama