KUALA LUMPUR 27 JULAI : Pengawal peribadi kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dipanggil memberi keterangan di Balai Polis Travers, KL Sentral bersabit dakwaan menjadi mangsa kekerasan polis semasa himpunan aman Bersih 2.0, 2 minggu lalu.
Fayyahd Afiq Albakqry sebelum ini membuat laporan polis setelah mengalami keretakan tulang pipi akibat mahu melindungi Anwar yang menjadi sasaran tepat tembakan gas pemedih mata oleh polis di KL Sentral 9 Julai lalu.
Beliau yang ditemani Pengarah Biro Guaman Parti Keadilan Rakyat (PKR), Latheefa Koya sekitar jam 2.30 petang tadi.
Sejuru selepas itu, kelihatan peguam dari Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri dan peguam N. Surendren yang turut hadir bagi memberikan sokongan kepada Fayyahd.
Pada kejadian tersebut, dikatakan pihak polis telah melepaskan tembakan gas pemedih mata di kawasan terowong di KL Sentral tanpa sebarang amaran.
Pada kejadian itu, Anwar juga dilaporkan cedera akibat terjatuh semasa melarikan diri akibat terkena tembakan gas pemedih mata.