ARTIKEL SEBELUM

17/07/11

MB Kedah Hanya Laksanakan Undang-undang Sedia Ada


SHAH ALAM 16 JULAI : Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hanya menguatkuasakan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang diluluskan oleh Umno-Barisan Nasional(BN) ketika mentabir negeri itu sebelum ini.
Justeru, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan kritikan MCA dan akhbar media arus perdana terhadap kekangan program hiburan semasa Ramadan sebagai “janggal”.
"Apa yang dibuat oleh kerajaan negeri Kedah hanyalah menguatkuasakan peraturan yang sedia ada.
"Enakmen yang dilaksanakan di negeri Kedah ini adalah enakmen yang telah dibuat pada tahun 1997 oleh kepimpinan Umno-Barisan Nasional(BN). Dimana MCA antara kompenan yang menyokong pindaan pada waktu itu,” kata beliau kepada TVselangor.
Beliau berkata apa yang dilakukan oleh Azizan hanyalah melaksanakan undang-undang yang sudah pun lama diluluskan.

Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan yang wujud sejak 1997 melarang
pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar serta di warung kopi, karaoke dan disko.
Pengecualian diberikan untuk pertunjukan berkaitan keagamaan dan kepercayaan sesuatu kaum dengan syarat ia tidak menimbulkan kekacauan, selain mendapat sokongan daripada pegawai pelesenan.
Tuan Ibrahim menggesa semua pihak memberi kerjasama sebagai menghormati kemuliaan Ramadan dan tidak menjadikannya sebagai modal politik terbaru Umno-BN.
Tambahnya, langkah yang diambil oleh pihak kerajaan negeri Kedah amat sesuai dengan imej Malaysia sebagai negara Islam.

" Undang-undang dah ada, tapi apa makna ada undang-undang sekiranya tidak dikuatkuasakan? Jadi kerajaan negeri hanya melaksanakan undang-undang sedia ada," kata beliau.
"Jadi untuk melarang kerajaan negeri supaya tidak menguatkuasakanya, saya fikir ia satu tindakan yang tidak betul. Sebab, sepatutnya jika sudah ada undang-undang kita perlu menggalakkan penguatkuasaanya barulah ia dihormati oleh rakyat," tambahnya.

"Bagi PAS dan DAP kita boleh duduk berbincang supaya kita dapat memahami perkara tersebut dengan lebih baik dan tak perlulah kita jadi polimek kerana kita ada platform untuk berbincang," tegas Tuan Ibrahim.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud