SHAH ALAM 7 JULAI : Laman twitter dan Facebook Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digodam kira- kira 12.45 tengah malam tadi.
Akibatnya muncul tulisan- tulisan pelik dikedua-dua laman sosialnya itu. Penggodam yang memperkenalkan dirinya sebagai 'LuvSec' itu mula menulis perkataan berikut sekitar jam 1245 malam tadi,
"Salam semua, disini saya nak umumkan yang Perhimpunan Bersih akan ditangguh buat sementara waktu, ini kerana saya dan LuvSec dah plan nk pegi makan kenduri....sehubungan dengan itu, kami plan nk pakai baju melayu warna ungu.. hihihihihi jgn mare~
-LuvSec-"
Selain itu, penggodam juga menulis,
"hack3d by @LuvSec , Your Password IS Not Secure...
FIRST TARGET COMPLETE 100% ; Anwar Ibrahim
SECOND TARGET : Prime Minister ... :)
WAIT NEXT TARGET FROM @LuvSec"
Sehingga berita ini ditulis, tindakan pemulihan sedang giat dijalankan.
Lagi berita menyusul...