ARTIKEL SEBELUM

8/07/11

‘Kamal ambil gambar bogel aku’


SHAH ALAM: Teman rapat Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, Habishah Bahari, 43, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, jutawan kosmetik itu memaklumkan pemandunya bernama Kamal ada mengambil gambar bogelnya.

Saksi pendakwaan ke-16 itu yang mengenali Sosilawati sejak belasan tahun lalu berkata, maklumat itu dimaklumkan Sosilawati melalui panggilan telefon pada kira-kira jam 7.30 malam, pada hari dia dilaporkan hilang 30 Ogos tahun lalu.

Habishah yang bekerja sebagai tukang jahit di Plaza Idaman, Gombak berkata, panggilan itu diterimanya ketika dia berbuka puasa di rumah seorang rakannya.

“(Sosilawati kata) Wei! Aku tak percaya Kamal...Kamal ambil gambar bogel aku. Kau pergi ke rumah masuk, masuk ke dalam bilik air...kau tengok kalau ada kamera tersorok tak?,” katanya.


Saksi itu berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd Ghani pada perbicaraan kes bunuh Sosilawati dan tiga individu lain, semalam - .hm

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud