ARTIKEL SEBELUM

3/07/11

Bahana Cemburu

\

JOHOR BAHRU – Hasrat seorang penganggur untuk mengurangkan hukuman tidak tercapai malah Hakim Mahkamah Tinggi di sini, menambah hukuman sedia ada atas alasan kesalahan yang dilakukan kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Mana tidaknya, itu kerana Noor Habin Sulaiman, 43, tergamak menikam dan menyimbah cuka getah kepada teman wanitanya, Nurain Ashikin Jemedi, 18, yang ketika itu sedang mengandung pada Disember tahun lalu kerana cemburu.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman memerintahkan hukuman penjara 19 tahun, lapan sebatan kerana cuba membunuh dan menyebabkan cedera parah terhadap mangsa.

Bagaimanapun dia masih dikira bernasib baik setelah Abdul Halim memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak.

Sebelum ini pada 3 Januari lalu, Noor Habin dijatuhi hukuman penjara 17 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kota Tinggi setelah mengaku bersalah cuba membunuh Nurain secara menikamnya dengan pisau dan menyimbahnya dengan cuka getah.

Manakala dikenakan penjara 17 tahun dan lima sebatan selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan menyebabkan cedera parah ke atas mangsa di rumah No. 41, Jalan Cemara 2, Kampung Baru Sungai Redan, Kota Tinggi kira-kira jam 9.15 pagi, 16 Disember, tahun lalu.

Abdul Halim turut menambah jumlah bilangan sebatan terhadap lelaki itu yang disifatkan beliau sebagai zalim.

“Apa hak perayu memperlakukan mangsa Nurain demikian rupa? Mangsa hanya teman wanita dan perayu mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan orang lain,” katanya.

Perayu diwakili peguam, Hussin Othman.- SH

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud