Salmah Mat Husain |
KOTA BHARU, 1 Jun: Jaminan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin bahawa inflasi tidak akan berlaku dengan kenaikan tarif elektrik ditolak dan disifatkan kenyataan yang tidak betul. Ini kerana, mereka yakin, kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan kos barangan atau perkhidmatan akan meningkat dan dengan sendirinya inflasi atau kenaikan harga barang akan berlaku. “Memang tarif lektrik dikenakan pada pengeluar, tetapi bila keadaan ini berlaku, barangan keluaran mereka terpaksa dinaikkan harganya sehingga ianya akan membebankan rakyat seluruhnya khususnya yang berpendapatan rendah,” kata Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Yusof (gambar). Siti Zailah yang juga anggota Parlimen Rantau Panjang Kelantan berkata, walaupun tarif tidak dinaikkan untuk pengguna yang bilnya RM77 ke bawah sebulan, golongan berpendapatan rendah akan terus terbeban dengan cara ini. Ini kerana, pengguna elektrik yang besar iaitu pekilang akan tetap terbeban dan kos mereka akan meningkat. Apabila ini berlaku, mereka akan menutup kenaikan kos itu dengan menaikkan harga barangan mereka dan ini akan membebankan golongan bawahan secara tidak langsung apabila mereka terpaksa membeli barangan itu. Baru-baru ini, kerajaan menaikkan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus untuk pengguna elektrik melebihi RM77 sebulan manakala pengguna di bawah RM20 akan mendapat elektrik secara percuma. Langkah ini dikatakan cuba meniru apa yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Namun tindakan ini berbeza kerana kerajaan negeri Selangor memberikan air percuma kepada penggunaan 20m padu pertama tanpa menaikkan harga air. Mereka yang menggunakan jumlah yang rendah iaitu golongan pendapatan rendah yang menggunakan air sedikit sahaja (bawah 20 m padu sebulan) akan mendapat air percuma. Bagi Siti Zailah, walaupun 75 peratus daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak mengalami kenaikan bil elektrik selagi mengekalkan penggunaan elektrik pada kadar RM77 sebulan, golongan berpendapatan rendah tetap menjadi mangsa. “Sudahlah mereka baru dibebani dengan kenaikan harga petrol baru-baru ini, kerajaan bebankan pula rakyat dengan kenaikan tariff tersebut,”ujarnya. Tambahnya, situasi ini berlaku bukan sahaja pada rakyat di kampung, sebaliknya kakitangan awam, swasta yang berpendapatan kecil juga terjejas. Sambungnya lagi, tindakan kerajaan sebenarnya untuk mengurangkan beban kerajaan dan melepaskan beban itu kepada rakyat. "Sepatutnya kerajaan mengurangkan atau menghentikan pampasan kepada syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) dan syarikat konsesi tol setiap tahun kerana ia mampu menjimatkan wang negara," katanya. |
ARTIKEL SEBELUM
1/06/11
Tarif elektrik: Jaminan Muhyidin ditolak
NEWS ONLINE
-
Projek Aerotrain baharu di KLIA dijangka siap lebih awal5 bulan yang lalu
-
DAP aktifkan jentera pilihan raya serta merta2 tahun yang lalu
-
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri4 tahun yang lalu
-
Jangkitan beguk, murid SK Bukit Sentosa stabil6 tahun yang lalu
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata7 tahun yang lalu
-
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti?7 tahun yang lalu
-
Pengumuman calon Pas untuk P067 Kuala Kangsar8 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan10 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MINDA DAN AGAMA
-
Cerita Salasilah2 bulan yang lalu
-
-
Cerita Dari Masjidil Nabawi Madinah3 tahun yang lalu
-
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT6 tahun yang lalu
-
RUMAHKU SYURGAKU6 tahun yang lalu
-
Sajak "Keretapi Malam"9 tahun yang lalu
-
-
Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran10 tahun yang lalu
-
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH11 tahun yang lalu
-
-
-
-
DALIL TENTANG MAULID NABI MUHAMMAD SAW11 tahun yang lalu
-
-
Sebenar-benar sahabat13 tahun yang lalu
-
Jahil Masyuk!14 tahun yang lalu
posting terkini dari batuvskayu
Sukan
-
-
Announcing Nas.io2 tahun yang lalu
-
Sotong Goreng Tepung..7 tahun yang lalu
-
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani (Nov. 2016)7 tahun yang lalu
-
Pic Viral Benzema in Arsenal FC9 tahun yang lalu
-
KITA MENANG LAPAN KALI!!!!!12 tahun yang lalu
-
-