KUALA LUMPUR: Pihak polis yang mengganggu penjual baju T Bersih 2.0, Mohd Razali Abdul Rafar semalam, hanya menggunakan kad pengenalan biasa sewaktu diminta untuk menunjukkan kad kuasanya.
Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN, Rozan Azen Mat Rasip berkata, Razali yang merupakan ahli AMK Gombak, terkejut dan kecewa dengan tindakan polis menyekat rezeki beliau.
“Mereka hanya menunjukkan kad pengenalan biasa sewaktu merampas dua helai baju yang dijual Razali,” katanya kepada Keadilandaily.com
Bercakap lebih lanjut, Rozan menyifatkan suasana semasa tidak mustahil menyebabkan rakyat dilarang daripada menggunakan perkataan ‘Bersih’ itu sendiri.
“AMK terkejut, dan tak mustahil rakyat Malaysia tak dibenar sebut atau tulis tentang Bersih 2.0,” kata Rozan.
Dalam perkembangan berkaitan, pertubuhan Lawyers For Liberty menganjurkan bengkel pada 30 Jun ini, untuk memberi maklumat kepada peserta perhimpunan yang bakal berdepan intimidasi polis, 9 Jun ini.- skeadilan