ARTIKEL SEBELUM

28/06/11

PERKASA: Majlis peguam 'bastard'


Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini mencerca Majlis Peguam yang didakwanya hipokrit dan dwistandard dalam sesuatu kenyataan.
NONE
Katanya kebanyakkan kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis tersebut "menyokong (pihak) yang menentang kerajaan". "

Majlis Peguam ini tak boleh ikut. Majlis Peguam, pada pandangan saya, adalah bastard(anak haram) punya council (majlis). "Sebab mereka hipokrit dan double standard. Semua yang Majlis Peguam sokong, (mereka) yang lawan kerajaan, kebanyakkannya.

"Tengok, dia marah, ada ahli PERKASA bakar gambar (pengerusi BERSIH) S Ambiga. Waktu ada penyokong India, atas isu Interlok, gambar Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussin dibakar, mana kenyataan daripada Majlis Peguam? "Jadi dia double standard.

Saya tak hormat langsung dekat Majlis Peguam," katanya. Ibrahim turut dengan mempersoalkan pendirian Majlis Peguam berhubung penyiaran gambar menghina Islam menggambarkan seekor babi berada di atas kaabah atau seekor anjing membaca surah Yassin. "Apa yang Majlis Peguam buat?" soalnya lagi yang juga anggota parlimen Pasir Mas. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan
wartawan berhubung kenyataan Majlis Peguam yang menyatakan bahawa tindakan bekas presiden Umno pernah berdemonstrasi sewaktu menentang Malayan Union sebelum merdeka.- mkini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud