KUALA LUMPUR, – Penasihat DAP Lim Kit Siang tampil menawarkan salinan ucapan Datuk Ibrahim Ali, Ahad lalu kepada Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri untuk membuktikan presiden Perkasa ada mengugut komuniti Cina menjelang perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai.
Sambil menggambarkannya melakukan kesalahan teruk, Lim (gambar)berkata beliau sudah menonton ucapan Ibrahim dan mengesahkan bahawa pemimpun kumpulan hak Meyau itu ada memberi amaran kepada kaum Cina agar tinggal di rumah dan menyimpan makanan kerana apa sahaja boleh terjadi.
Katanya, apa yang diucapkan oleh pemimpin itu boleh dilihat sebagai satu bentuk ugutan kepada komuniti Cina.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Lim menambah, Ibrahim tidak seharusnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas kenyataannya itu tetapi seharusnya dicaj di mahkamah.
“Jika Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar belum lagi melihat rakaman video, saya boleh hantar mereka satu salinan,” katanya.
Beberapa organisasi media melaporkan Ibrahim sebagai berkata orang Cina perlu tinggal di rumah ketika protes Bersih dan simpan bekalan makanan.
Kenyataannya telah disalah tafsir oleh ramai sebagai satu ugutan kepada komuniti Cina, menyebabkan Ibrahim berhadapan dengan kritikan ramai.
Semalam, Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata beliau hanya menasihatkan komuniti Cina supaya duduk di rumah pada hari tersebut.
“Adakah ini kerana wajah brahim Ali semakin menjadi penting untuk mewakili kuasa sebenar dalam politik Umno - menggantikan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak,” katanya.
Lim berkata jika Hishammuddin atau Ketua Polis Negara gagal untuk bertindak sewajarnya ekoran kenyataan Ibrahim, maka kedua-dua mereka seharusnya meletakkan jawatan mereka.- Mi