ARTIKEL SEBELUM

13/06/11

Kes Naya !! cedera ditumbuk ketika tahan suspek khalwat

BESUT - Seorang pegawai penguatkuasa Syariah Pejabat Agama Besut cedera di muka apabila ditumbuk seorang lelaki yang cuba ditahannya kerana disyaki berkhalwat di chalet kawasan Air tawar di sini tengah malam tadi.

Ketika pemeriksaan di sebuah bilik chalet itu, pegawai berumur 33 tahun bersama dua rakan setugasnya mereka mendapati seorang lelaki berumur dalam lingkungan 27 tahun tinggal bersama pasangannya berumur 17 tahun yang berasal dari Kampung Jerimpong, Kuala Balah, Jeli, Kelantan.

Beliau kemudian mengarahkan pasangan itu mengemas pakaian masing-masing untuk dibawa ke pejabat agama tetapi lelaki berkenaan enggan dan telah menghubungi lima rakannya yang tiba dengan dua buah kereta.

Suspek telah melepaskan tumbukan ke muka pegawai itu dan merampas kad pengenalannya yang dipegang oleh pegawai berkenaan dalam satu pergelutan yang turut dibantu oleh lima rakannya.

Bagi meredakan keadaan, seorang daripada pegawai penguatkuasa Syariah itu melepaskan satu tembakan amaran ke udara menyebabkan suspek dan rakan-rakannya melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria, ketika dihubungi berkata, suspek utama telah ditangkap manakala rakan-rakannya telah dikenal pasti dan polis sedang memburu mereka.-

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud