ARTIKEL SEBELUM

26/05/11

WoW !! PERKASA mahu ISA kan Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat laporan polis berhubung satu entri blog yang didakwa menghina agama Islam dengan memaparkan gambar seekor jerung di atas Kaabah selain menggunakan kata-kata yang menghina agama tersebut.

Entri blog itu dikesan pada Isnin lalu dengan menggunakan nama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara.

Malah sebuah akaun laman sosial Facebook turut dikesan menggunakan profil ‘Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara’.

Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi berkata, laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi (IPD), Kuala Lumpur jam 3.30 petang tadi.“Ia satu penghinaan yang melampau batasan. Saya minta orang yang bertanggungjawab menghormati agama Islam.Maka kami mahu mendesak pihak polis untuk membuat siasatan lanjut. Kalau boleh letak orang yang terbabit dalam ISA, kerana tiada toleransi bila membabitkan hal agama.

“Kita perlu tegas kerana ia soal agama. Bagaimana jika perkara ini berlaku kepada agama lain?,” soalnya...


* Caya la Perkasa mahu ISAkan Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara.Buat pertama kali aku sokong Pertubuhan ini , tetapi dalam isu ini aje, dalam bab lain maaf aku getik wa ka ka ka....

Ok Entry hujah Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara. ada aku siarkan kat sini tu pun kalau hangpa minat baca.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud