Muhamad Yusri Amin |
KOTA BHARU, 20 Mei: “Insya Allah, apabila stadium itu siap nanti, kalau umur saya panjang, saya mahu menunaikan solat di stadium itu dengan ‘kapten’ bola menjadi imam sembahyang,” kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini pagi tadi. Beliau mengulangi persetujuan kerajaan negeri untuk membina kompleks sukan yang menempatkan stadium utama dengan muatan 40,000 penonton. Pembinaan itu, menurutnya akan dilaksanakan di atas tanah milik kerajaan negeri kira-kira 40.5 hektar bernilai RM159 juta di Bukit Merbau, Pasir Puteh dan tender pembinaan kompleks sukan itu dibuka kepada mana-mana pemaju yang berminat. “Kelantan akan buat stadium baru. Ini kerana stadium yang ada sempit dan mengalami kesesakan penonton, tetapi stadium itu stadium yang bercampur dengan masjid. “Orang lain buat juga stadium, tetapi kita mahu ada ‘benda lain’ pada stadium yang kita buat itu iaitu stadium bercampur masjid,” katanya. Menurutnya lagi, masjid itu tidak dibenarkan dibina berasingan dari ruang stadium sama ada di tingkat atas atau di luar bangunan stadium, bahkan hendaklah dibina berhampiran dengan tempat duduk penonton bagi memudahkan orang ramai bersolat dengan kadar segera. Katanya, pembinaan ruang solat (masjid) itu sekadar boleh memuatkan antara 10 hingga 30 orang pada satu-satu ruang solat. “Jadi semua ruang bangunan dalam stadium itu terdapat antara 10 hingga 30 tempat ruang untuk solat. Bangun (penonton) daripada kerusinya, boleh bersolat segera. Mengenai royalti minyak, beliau yang juga Mursyidul Am PAS menyifatkan golongan yang enggan menyerahkannya kepada rakyat Kelantan sebagai golongan zalim dan jahat. Beliau yakin bahawa golongan itu akan menerima balasan dari Allahdi atas kezaliman yang dilakukannya. “Kita di Kelantan yang pastinya ialah kita ada telaga minyak. Allah menjadikannya sejak berjuta tahun dahulu, telaga itu terpilih berada di bumi Kelantan, namun royalti minyak itu tidak diberikan kepada Kelantan sehinga kini. Jadi orang ini orang zalim dan jahat. “Didoakan supaya doa kita mustajab agar diberikan royalti minyak kerana royalti itu harta kita. “Harta orang walau pun satu sen, kita tidak mahu. Yang kita mahu ialah harta kita. Walau pun satu kerana ianya harta kita, kita nak. Begitu kaedah kita sebagai orang Islam,” katanya. |
ARTIKEL SEBELUM
21/05/11
Saya nak solat di stadium, kapten jadi imam - Kata Tok Guru
NEWS ONLINE
-
Projek Aerotrain baharu di KLIA dijangka siap lebih awal5 bulan yang lalu
-
DAP aktifkan jentera pilihan raya serta merta2 tahun yang lalu
-
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri4 tahun yang lalu
-
Jangkitan beguk, murid SK Bukit Sentosa stabil6 tahun yang lalu
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata7 tahun yang lalu
-
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti?7 tahun yang lalu
-
Pengumuman calon Pas untuk P067 Kuala Kangsar8 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan10 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MINDA DAN AGAMA
-
Cerita Salasilah2 bulan yang lalu
-
-
Cerita Dari Masjidil Nabawi Madinah3 tahun yang lalu
-
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT6 tahun yang lalu
-
RUMAHKU SYURGAKU6 tahun yang lalu
-
Sajak "Keretapi Malam"9 tahun yang lalu
-
-
Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran10 tahun yang lalu
-
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH11 tahun yang lalu
-
-
-
-
DALIL TENTANG MAULID NABI MUHAMMAD SAW11 tahun yang lalu
-
-
Sebenar-benar sahabat13 tahun yang lalu
-
Jahil Masyuk!14 tahun yang lalu
posting terkini dari batuvskayu
Sukan
-
-
Announcing Nas.io2 tahun yang lalu
-
Sotong Goreng Tepung..7 tahun yang lalu
-
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani (Nov. 2016)7 tahun yang lalu
-
Pic Viral Benzema in Arsenal FC9 tahun yang lalu
-
KITA MENANG LAPAN KALI!!!!!12 tahun yang lalu
-
-