| Fakhri Ali |
|
“Rakyat negeri ini telah celik dan sedar selama ini mereka telah dibohongi oleh parti pemerintah sebelum 2008,” kata Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malik Abul Kassim (gambar) pada majlis jamuan teh di padang awam, Permatang Damar Laut, petang semalam. Menurutnya, PR bukan saja mampu mengekalkan kedudukan 29 kerusi yang telah berjaya dirampas dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu, sebaliknya yakin boleh membolos kawasan yang menjadi kubu kuat Umno dan BN dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang. "Kita telah membuat kajian dan penyelidikan mengenai kedudukan kerusi-kerusi yang mampu dimenangi dan ditawan oleh PR dalam pilihan raya yang akan datang. "Berdasarkan kepada percaturan yang dibuat, PR yakin bukan saja 29 kerusi yang ada dikekalkan milik PKR, PAS dan DAP, sebaliknya kerusi-kerusi Umno yang sudah tidak layak diterajui oleh mereka akan jatuh ke tangan PR," tegasnya lagi. Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Maung, tidak menolak kemungkinan ini berdasarkan kepada kenyataan sedia ada, di mana rakyat semakin condong untuk menyokong PR jika dibezakan dengan BN. "Hentakan, serangan bertubi-tubi yang dilakukan oleh Umno dan BN terhadap PR menyebabkan rakyat semakin menolak mereka. Dasar perkauman yang bersifat cauvanis diamalkan oleh BN memberi impak yang negatif kepada mereka. "Umno dan BN menyedari hakikat penolakan rakyat di Pulau Pinang terhadap kepimpinan mereka, tetapi ia cuba dinafikan melalui provokasi yang dilakukan melalui pelbagai elemen, semata-mata untuk mengkaburkan pandangan rakyat," ujarnya lagi. Malah katanya, niat Umno dan BN tidak akan kesampaian selagi kepimpinan PR mengamalkan sistem pentadbiran berdasarkan kepada amalan cekap, akauntabiliti dan telus (CAT). |
ARTIKEL SEBELUM
22/05/11
PRU 13: Umno Pulau Pinang bakal hilang kerusi ?
NEWS ONLINE
-
Miri bangkit sebagai hab hiburan serantau Borneo8 bulan yang lalu
-
DAP aktifkan jentera pilihan raya serta merta3 tahun yang lalu
-
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri6 tahun yang lalu
-
Jangkitan beguk, murid SK Bukit Sentosa stabil7 tahun yang lalu
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata8 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni9 tahun yang lalu
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar9 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan11 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MINDA DAN AGAMA
-
BERPINDAH SEKOLAH TEMPAT BERKHIDMATSetahun yang lalu
-
Bahasa Arab Perlu Ditekankan Sejak Awal Persekolahan6 tahun yang lalu
-
Ayat Penawar Sakit6 tahun yang lalu
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT7 tahun yang lalu
-
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?9 tahun yang lalu
-
Sajak "Keretapi Malam"11 tahun yang lalu
-
-
Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran12 tahun yang lalu
-
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH12 tahun yang lalu
-
-
-
-
DALIL TENTANG MAULID NABI MUHAMMAD SAW13 tahun yang lalu
-
-
Sebenar-benar sahabat14 tahun yang lalu
-
Jahil Masyuk!15 tahun yang lalu
-
MENGENAL DIRI YANG KE 7815 tahun yang lalu
posting terkini dari batuvskayu
-
Perutusan Dari Tun Mahathir5 tahun yang lalu
Sukan
-
-
Announcing Nas.io3 tahun yang lalu
-
The Return Of "MakHangpa"8 tahun yang lalu
-
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani (Nov. 2016)9 tahun yang lalu
-
Arsenal bakal sambar Reus10 tahun yang lalu
-
KITA MENANG LAPAN KALI!!!!!13 tahun yang lalu
-
-
BAYAN LEPAS, 22 Mei: Umno dan Barisan Nasional (BN) jangan bermimpi untuk merampas kembali Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum yang akan datang.