ARTIKEL SEBELUM

16/05/11

Perang Salib - Anwar kena ISA ?

gambar hiasan sahaja tak ade kene mengena dgn Berahim nak berjihad walaupun tgh cium keris


Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menggesa polis menyiasat kenyataan Datuk Ibrahim Ali yang mahu melancarkan perang jihad terhadap komuniti Kristian ekoran kontroversi terbaru, termasuk laporan Utusan Malaysia kononnya wujud konspirasi mahu mengubah status Islam sebagai agama persekutuan.

“Kenyataan biadap dan tidak wajar Ibrahim Ali dengan nada ekstremis, mencabar komuniti (Kristian) untuk berjihad bertentangan dengan semangat 1 Malaysia dan pendirian kesederhanaan (yang dibawa oleh) Perdana Menteri kita dan Barisan Nasional,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat petang ini.

Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, beliau meluat sikap mendabik dada Presiden Perkasa itu yang mahu menjadi hero khususnya selepas Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Muslim dan Kristian secara berasingan minggu lalu menggesa agar semua pihak bertenang, memahami dan menghormati satu sama lain.

Sementara itu Kementerian Dalam Negeri membayangkan ia tidak akan mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali bersabit ugutannya untuk melancarkan perang jihad terhadap masyarakat Kristian.


Menteri berkenaan Datuk Hishamuddin Tun Hussein berkata Ibrahim tidak mewakili keseluruhan orang Melayu dan ugutan itu hanya “mencerminkan tahap pemahaman yang berlainan,” Hishamuddin berkata ugutan untuk melancarkan jihad oleh Ibrahim harus dilihat dalam konteks yang luas.

"Saya tidak melihat Ibrahim Ali mewakili keseluruhan orang Melayu atau Muslim di negara ini. Seperti Osama bin Laden, beliau tidak mewakili keseluruhan umat Islam," kata Hishamuddin.

"Ada pihak pelampau. Saya tidak mengatakan Ibrahim Ali ekstremis, tapi saya mengataskan ada tahap pemahaman yang berlainan," katanya.

Ini lah sikap double standard yang kita dapat saksikan Menteri Dalam Negeri Cap Ayam dalam menangani isu yang sensitif , jelas sungguh kenyataan Ibrahim ini bersifat seperti menyemarakkan api perkauman dan menganggu ketenteraman awam tetapi megapa KDN boleh bersikap lembut terhadap Ibrahim Ali ? Bukan setakat nak beri amaran terhadap Ibrahim tetapi kenyataan Hisamudin itu seolah olah isu ni tak serius bagi KDN .

Kelmarin Utusan mensensaikan isu Kristian agama rasmi di Malaysia KDN hanya sekadar menegur Utusan dan semalam bila Ibrahim Ali dengan nadanya yang agak keras hendak melancarkan PERAN JIHAD keatas orang kristian , Menteri Jaga KDN Hishamudin anak Tun Husin berkata ugutan untuk melancarkan jihad oleh Ibrahim harus dilihat dalam konteks yang luas.


Cuba kita bayangkan jika ucapan Perang Salib ini datang dari pimpinan Pakatan Rakyat atau Anwar Ibrahim. Apakah jawapan dari KDN Malaysia ? Mungkin bayangan atau lambaian pintu jeriji dari Kemunting menanti Saf pimpinan PR itu dan kita boleh bayangkan juga tajuk utama akhabar Utusan pada hari esok . Sudah tentu pencacai dan penjilat Umno akan berhujah didalam nada yang keras mengatakan ekstrim , pemecah belah perpaduan , ISA kan mereka dan bermacam macam lagi hujah dari penjilat umno..

Tetapi inilah realiti negaraku Malaysia selagi Umno Bn menerajui pemerentahan selagi itu sikap double standard akan menghantui pemikiran rakyat. Undang undang diletak sesuka hati mereka. Tetapi kita kena faham selagi Bn berkuasa dan selagi Ibrahim Ali ini menjilat bontot umNo maka terelamat lah akan dia, jadi kita semua perlu kena akur , untuk kita mengatasi masalah ini cuma dengan kertas undi sahaja yang boleh mengubah segalanya.








posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud