|
|
KUALA LUMPUR – Seorang pelakon filem dan drama tahun 70-an yang telah lama menyepi daripada dunia lakonan muncul di Mahkamah Majistret Selayang dekat sini semalam kerana berhadapan tuduhan mencabul seorang budak perempuan berusia 13 tahun, minggu lalu.
Tertuduh, Mokhtarudin Mohd. Saaid (gambar), 56, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Najib Ismail.
Pelakon veteran itu kini merupakan Penaung dan Penasihat sebuah kem motivasi dikenali sebagai Pondok Penyayang Sri Raudah terletak di Gombak, Selangor.- kosmo