ARTIKEL SEBELUM

26/05/11

MP Batu Dakwa SPR ' Double Standard '


SHAH ALAM 26 MEI : Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyerahkan persoalan berhubung status Chua Tian Chang sebagai Ahli Parlimen Batu kepada Speaker Dewan Rakyat jelas menunjukkan sikap 'double standard' badan itu sekali gus mempertikaikan keputusan mahkamah, memandangkan tarikh akhir untuk mengadakan pilihan raya kecil sudah pun berakhir.

Wakil rakyat itu yang lebih dikenali sebagai Tian Chua, menegaskan sebelum ini beberapa kes pernah dikemukakan kepada Speaker Dewan Rakyat namun ia diketepikan oleh mahkamah.

Jelas Tian, sebagai contoh tindakan Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam yang menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim dengan mengenepikan saman pemula terhadap ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abddullah.

"Ini peliklah sebab semasa kita membawa beberapa isu ke dewan seperti Pelabuhan Klang, isu bekas Menteri Besar Perak dan pelbagai lagi, mahkamah buat keputusan menentang keputusan dewan dan SPR ikut keputusan kehakiman, tiba-tiba sekarang SPR kata kena ikut keputusan dewan," soal Tian ketika dihubungi Tv Selangor, di sini, hari ini.

Isnin lalu Mahkamah Rayuan mengetepikan rayuan Tian berhubung hukuman yang dikenakan atas tuduhan menggigit seorang polis empat tahun lalu, bagaimanapun naib presiden PKR itu masih kekal sebagai ahli parlimen walaupun hukuman dan denda berkenaan dikekalkan.

Pertengahan Jun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Ghazali Cha mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap Chua, yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret berhubung tuduhan mencederakan anggota polis pada 2007 dan mengantikannya denda RM2,000 atau dua bulan penjara.

Mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan beliau tidak mendapat pengampunan.

Tegas Tian, tidak wujud sebarang pertikaian berhubung kedudukan kerusi beliau kerana hakim telah menyatakan secara jelas bahawa mahkamah hanya menolak hukuman yang dikenakan keatasnya.

Bagaimanapun, Tian Chua mengakui statusnya masih boleh dibangkitkan di Parlimen untuk perbahasan dan melihat pada kelebihan majoriti dimiliki, penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) masih boleh membawa usul untuk melucutkan kerusinya.

"Dalam kehakiman hakim sudah menyatakan dengan jelas kerusi ini tidak tergugat dan itu sudah membuktikan tiada pertikaian yang ditimbulkan, apa yang mahkamah rayuan tolak adalah rayuan saya samada saya telah menggigit polis itu.

Selasa lalu, SPR berkata pihaknya menyerahkan persoalan berkaitan dengan status Chua sebagai Ahli Parlimen Batu kepada Speaker Dewan Rakyat memandangkan tarikh akhir untuk mengadakan pilihan raya kecil sudah pun berakhir.

Menurut timbalan pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, hanya Speaker Dewan Rakyat ada kuasa untuk memutuskan perkara itu.- tvs

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud