M Faqih |
KOTA BHARU, : Mangsa yang dipukul veteran Umno Jumaat lalu, Hisyamuddin Ghazali tidak serik meneruskan perjuangan menuntut royalti minyak. Beliau yang juga Setiausaha Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) berkata, biar pun dipukul samseng upahan Umno, namun beliau tidak serik meneruskan perjuangan rakyat Kelantan menuntut royalti. ”Sehari selepas kejadian saya dan rakan-rakan menaikkan banner lagi. Saya semakin bersemangat dan tambah berkobar-kobar,” katanya di sini. Pada kejadian Jumaat lalu seorang lelaki tua dipercayai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) memukul Hisyam ketika sedang memasang sepanduk tuntutan royalti minyak di pagar Masjid Kampung Sireh. Beliau ditempeleng secara tiba-tiba lelaki terbabit berusia lewat 50-an sehingga terjatuh, dan selepas itu ditempeleng lagi kali kedua. Lelaki berkenaan dipercayai tinggal berdekatan turut menolak ibu Hisyam ketika datang memberi bantuan. “Saya masih cam lagi lelaki tua itu. Saya sempat rakam aksinya dengan bertindak ganas secara tiba-tiba ketika saya sedang mengantung sepanduk menuntut royalti minyak. ”Walaupun kesan akibat pukulan hari itu sudah hilang namun telinga saya masih terasa berdesing. Saya juga kesal sehingga ke hari lelaki tua itu masih bebas tanpa dikenakan sebarang tindakan biar pun laporan polis dibuat,” katanya. Beliau juga bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki tua itu. Ekoran kejadian Hisyam bersama Pengerusi Gegar, Dr Abdul Halim Yusof dan jawatankuasannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di Pengkalan Chepa. Beliau juga mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II selepas kejadian. |
ARTIKEL SEBELUM
19/05/11
Mangsa dipukul veteran Umno tak serik tuntut royalti
NEWS ONLINE
-
Projek Aerotrain baharu di KLIA dijangka siap lebih awal7 bulan yang lalu
-
DAP aktifkan jentera pilihan raya serta merta2 tahun yang lalu
-
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri5 tahun yang lalu
-
Jangkitan beguk, murid SK Bukit Sentosa stabil6 tahun yang lalu
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata7 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni8 tahun yang lalu
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar8 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan10 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MINDA DAN AGAMA
-
BERPINDAH SEKOLAH TEMPAT BERKHIDMAT2 minggu yang lalu
-
Bahasa Arab Perlu Ditekankan Sejak Awal Persekolahan5 tahun yang lalu
-
Ayat Penawar Sakit5 tahun yang lalu
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT6 tahun yang lalu
-
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?8 tahun yang lalu
-
Sajak "Keretapi Malam"10 tahun yang lalu
-
-
Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran11 tahun yang lalu
-
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH11 tahun yang lalu
-
-
-
-
DALIL TENTANG MAULID NABI MUHAMMAD SAW12 tahun yang lalu
-
-
Sebenar-benar sahabat13 tahun yang lalu
-
Jahil Masyuk!14 tahun yang lalu
-
MENGENAL DIRI YANG KE 7814 tahun yang lalu
posting terkini dari batuvskayu
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 tahun yang lalu
Sukan
-
-
Announcing Nas.io2 tahun yang lalu
-
The Return Of "MakHangpa"7 tahun yang lalu
-
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani (Nov. 2016)8 tahun yang lalu
-
Arsenal bakal sambar Reus9 tahun yang lalu
-
KITA MENANG LAPAN KALI!!!!!12 tahun yang lalu
-
-