SHAH ALAM – Pakatan pembangkang berjanji mengekalkan Islam sebagai agama rasmi negara ini dan tidak timbul persoalan mahu mengubah statusnya jika berjaya memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata, melalui persetujuan bersama komponen parti dalam Pakatan Rakyat (PR) pada 8 September 2008, secara jelas, PKR, Pas dan DAP bersetuju menjunjung prinsip dan dasar termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya, persetujuan itu ditandatangani kesemua pemimpin tertinggi parti dalam PR, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beliau sendiri.
“Sudah dinyatakan sebelum ini, bahkan ianya adalah kenyataan rasmi ditandatangani semua pemimpin PR bahawa Islam kekal sebagai agama rasmi di Malaysia sekiranya PR ambil alih tampuk pemerintahan negara,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Kenyataan bersama pada 2008 itu antara lain menyebut:
“Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.”
Sementara itu Anwar dalam blognya berkata, sebuah akhbar arus perdana bertindak melampaui batas dengan menyogok rakyat dengan berita fitnah dan hasutan apabila memainkan isu agama.
“Akhbar itu juga mengetepi tanggungjawab sebagai pengamal media apabila tunduk kepada pemerintah, tanpa rasa malu dengan menidakkan fakta apabila berterusan memutar belit fakta sehingga mengelirukan rakyat,” katanya.