Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini menafikan beliau berperanan dalam membekalkan seorang wanita yang mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang didakwa mirip dengan pemimpin pembangkang.
"Banyak perkara yang tidak dapat saya dedahkan kerana masih dalam siasatan,” katanya kepada wartawan selepas memberi keterangan polis di Kepong, hari ini.
Ditanya wartawan, Eskay menafikan bahawa klip video berkenaan dirakamkan di Thailand ataupun negara asing yang lain.
"Alat perakam dan pita berkenaan dirakamkan dan adalah buatan Malaysia. Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya,” katanya. mk

