KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berazam untuk membawa masuk PAS ke dalam Barisan Nasional (BN) sebagai usaha menyatupadukan orang Melayu. Harapan beliau menerusi usaha itu ialah agar orang Melayu berhenti berbalah sesama sendiri yang akhirnya akan merugikan kaum itu sendiri. "Saya akan cuba usahakan perkara itu supaya PAS berada dalam BN, berhenti Melayu sama Melayu bergaduh...(kerana) ia memenatkan, buang masa, membazir tenaga dan kerja bodoh," katanya dalam Forum 65 Tahun Umno di sini.
Beliau berkata sekiranya PAS dan Umno bergabung, ia bukan saja menguntungkan orang Melayu tetapi kaum bukan Melayu juga turut meraih keuntungan apabila majoriti kaum di negara ini bersatu dan aman-damai."Kita tolak politik dan tumpukan soal pendidikan, perniagaan, perpaduan, ekonomi dan bangunkan negara ini bersama-sama," katanya.
Beliau juga berharap agar orang Melayu menjadi masyarakat yang maju menjelang tahun 2020 dan yakin Umno akan terus melaksanakan usaha ke arah mencapai impian tersebut selaras dengan hasrat Malaysia menjadi negara maju pada tahun tersebut.Ahmad berkata pilihan raya umum akan datang dijangka akan menjadi yang paling sengit dalam sejarah negara, bagaimanapun jangkaan itu akan meleset sekiranya PAS bersama-sama dengan Umno berjuang. "Apa salahnya sekiranya PAS bersama-sama Umno sebagai kemuncak perpaduan.Bernama