Sasaran Umno-Barisan Nasional untuk memenangi 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 dilihat samar dan tiada keyakinan di pihak parti itu sendiri.
Ini berikutan pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar sebelum ini juga tidak disokong oleh perincian konkrit oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu.
“Kalau kita meneliti itu pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Noh Omar tetapi kita tak tahu kerusi apa yang agak-agak mereka dapat menang saya rasa angka 30 kerusi ini merupakan satu angka yang cakap sahaja," kata ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.
Bercakap kepada Tv Selangor, Lau berkata, pengumuman secara am oleh Noh itu nyata sekali tidak mencerminkan keyakinan Umno akan sasaran yang telah ditetapkan.
“Maknanya mereka masih lagi belum ada keyakinan di situ ataupun angka 30 kerusi itu merupakan satu angka secara khayal sahaja. Ia tidak wujud, belum lagi wujud,” katanya.
Walau bagaimanapun kata Lau, Pakatan Rakyat yang sudah menerajui kepimpinan negeri akan terus mengekalkan momomentum sedia ada dan tidak mudah diganggu-gugat oleh Umno-Barisan Nasional.
Beliau seterusnya berkata, program yang diperkenalkan Pakatan Rakyat seperti program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) perlu terus diperkasakan supaya rakyat dapat menikmati kemudahan yang disediakan.
“Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah memantapkan program MES, tidak cukup lagi dengan pemberian air percuma, program Mesra Usia Emas dan Tawas tetapi kita telah melancarkan beberapa program seperti MiMBAR - pemberian mikro kredit bagi penduduk-penduduk miskin di bandar, program SkimSEL - skim mikro kredit luar bandar. Ini merupakan dua program yang baru kita lancarkan untuk menjaga golongan miskin di luar badar dan bandar,” katanya.

Menurut Lau, ekoran gagal menawan hati rakyat di Selangor, banyak idea Pakatan Rakyat yang disadur oleh Umno-BN dan dijalankan di peringkat pusat.
Lau mengambil contoh beberapa program Pakatan Rakyat yang kemudiannya "diiktiraf" Umno-BN.
“ Kita kata pembaharuan bandar dan ia kemudian diikuti dengan Greater KL, sebenarnya maksud yang sama.
" Kita nak membersihkan Sungai Klang, nak jadikan ia bersih nak jadikan ia pusat pelancongan kemudian lepas kita umum, setahun selepas itu kerajaan pusat (BN) pun kata nak melancarkan program membersihkan Sungai Klang, baguslah memang tiada masalah tetapi mereka ikut kita. Itu bermakna dasar yang dibawa oleh Pakatan Rakyat sebenarnya diiktiraf oleh Barisan Nasional,” katanya.-tvs