ARTIKEL SEBELUM

3/04/11

Video Seks Tulen : KPN Cuba Alih Perhatian Rakyat,




Kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengatakan video lucah yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tulen, berniat memesongkan perhatian umum, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid pada satu sidang media semalam berkata, isu ketulenan klip video 21 minit yang merakamkan imej seorang lelaki didakwa Ketua Pembangkang itu sedang melakukan hubungan seks dengan pelacur Cina, tidak pernah dipersoalkan.

"Kalau tulen, tulenlah. Saya tak ada masalah kalau betul tapi jangan buat cakap sahaja, ini satu kenyataan yang mengatakan sumbernya tulen, maksudnya apa, orangnya betul atau videonya betul?" soal beliau.

Negara semalam sekali lagi dikejutkan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh polis apabila mengesahkan bahawa video lucah yang didedahkan oleh tiga individu
yang menggelarkan diri mereka sebagai "Datuk T" adalah tulen.

Kenyataan Ismail itu kemudiannya dikritik keras oleh pimpinan Pakatan Rakyat termasuk badan bukan kerajaan (NGO) yang mendesak mahukan polis mendedahkan
siapa pelaku sebenar dalam rakaman berkenaan.

Pada 21 Mac lalu, trio "Datuk T" yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan berdahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim bertanggungjawab membuat tayangan video lucah secara terbuka di sebuah hotel terkemuka di Ibu Negara.

Walaupun Ismail semalam mendedahkan bahawa siasatan polis terhadap kes ini berada di peringkat akhir, namun individu penting termasuk Anwar masih belum dipanggil untuk direkodkan keterangan.

Sebaliknya Ismail mendakwa akan menyerahkan kertas siasatan itu ke Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.

Mengulas hal itu, Khalid menggesa rakyat untuk mengimbau kembali insiden membabitkan Presiden MCA, Chua Soi Lek dan mahu rakyat menilai sendiri apa yang berlaku terhadap Anwar.

Jika dilihat katanya, kes DVD lucah Soi Lek bukan sahaja dibuktikan tulen malahan Soi Lek juga telah mengaku terlibat dalam DVD tersebut namun tiada tindakan diambil ke atas Soi Lek.

"Kalaupun tulen, anda kena tahu akibatnya. Tapi boleh jadi juga video itu betul tetapi sama ada pelakon itu benar? Chua Soi Lek telah mengaku, dan Anwar menyatakan individu dalam video tersebut bukan beliau. Ada perbezaannya," kata beliau lagi.

Anwar sehari selepas pendedahan video seks yang didakwa adalah dirinya telah menafikan dakwaan itu sekeras-kerasnya dan membuat laporan polis bahawa dirinya telah difitnah.

Ironinya penyiasatan yang dilakukan polis bukanlah bersandarkan laporan polis Anwar, sebaliknya memeriksa ketulenan video lucah
- tvs

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud