ARTIKEL SEBELUM

19/04/11

Video seks: Trio 'Datuk T' mungkin didakwa



Ketiga- tiga “Datuk T” dijangka didakwa dalam waktu terdekat kerana kesalahan mengedar dan menayang video seks kepada sekumpulan wartawan 21 Mac lalu, kata Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata kemungkinan itu kerana siasatan mengikut Sekyen 292 Akta Kanun Keseksaan bersabit kesalahan mengedar bahan lucah menjurus kepada tiga individu berkenaan.

Gadingan 'Datuk T' merangkumi bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Tahmby Chik, ahli perniagaan Syazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari PERKASA, Shuib Lazim.

Acryl berkata kertas siasatan kes itu dijangka dihantar ke Pejabat Peguam Negara, Khamis ini.

“Ada kemungkinan mereka akan didakwa mengikut Sekyen 292 itu kerana ia menjurus kepada mereka, pihak penayang,”

“Namun bukan polis yang menentukan keputusan itu sebaliknya pejabat Peguam Negara. Kami akan adakan sidang akhbar nanti bila segalanya selesai,” katanya dipetik laporan Bernama Online hari ini.

Ketika ditanya mengenai perkembangan kertas siasatan, beliau berkata masih terdapat dua lagi perkara yang perlu dikemas kini dan dilengkapkan dalam siasatan itu, sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan.

“Kalau boleh bagi pihak kita seawalnya hantar (kertas) itu pada Khamis ini... sementara itu kami tunggu respon daripada pihak yang menyediakan dua perkara itu.

“Dua perkara ini tidak boleh didedahkan dahulu ketika ini kerana ia lebih kepada pendakwaan dan menganggu tugas pejabat Peguam Negara,” katanya.

Ditanya mengenai sama ada polis mempunyai kuasa untuk menahan pelaku dalam video seks itu, Acryl berkata: “Kami (polis) tiada peruntukan undang-undang untuk menahan mereka dan mengambil keterangan.

“Kita kena rujuk kepada pejabat Peguam Negara untuk sebarang penelitian dan semakan. Mungkin mereka ada peruntukan undang- undang terhadap si pelaku,” katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud