Kumpulan 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki mirip seorang pemimpin kanan pembangkang menjangkakan mereka bertiga akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi.
Sambil menolak soalan bertalu-talu daripada wartawan, seorang anggotanya Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata tindakan itu mungkin diambil pihak berkuasa minggu depan.
"Ada beberapa lagi siri sidang media selepas ini. Kami mungkin didakwa minggu depan," katanya dalam sidang media tergesa-gesa selama hanya 12 minit di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Enggan mengulas panjang dengan hanya mahu menerima dua soalan sahaja daripada pemberita, Shazryl Eskay, bekas ketua menteri melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Datuk Shuib Lazim dipercayai didakwa kerana menayangkan video lucah.
Ditanya sama ada beliau telah ditahan polis sebelum ini, Shazryl Eskay mengakuinya.
"Saya ditahan pada hari itu, (hari) yang saya beritahu kamu. Saya diikatjamin dengan nilai RM10,000," kata ahli perniagaan itu, sekali gus meninggalkan pemberita dalam keadaan tertanya-tanya.
Sementara itu, bercakap dalam sidang media bersama Rahim dan Shuib di sebuah hotel di ibu negara hari ini, Shazryl Eskay turut menafikan kebocoran sebahagian video seks di internet berpunca daripada pihaknya.
"Saya tidak tahu (bagaimana bocor)," katanya sambil memberitahu menyerahkan perkara itu untuk disiasat pihak polis.
Semalam, polis dilaporkan melancarkan siasatan bagi mengesan individu yang memuat naik sebahagian lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata siasatan polis mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah dimulakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak lama selepas berita mengenai klip itu tersebar.-mkini