| M Faqih Foto Yusri |
| KOTA BHARU, 23 April: Empat strategi gergasi dilakukan Umno bagi meruntuhkan keutuhan Pakatan Rakyat nampaknya sehingga kini tersasar, namun harus diingatkan usaha tersebut pastinya akan dilakukan berterusan sehingga pilihan raya umum akan datang.
Anggota parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, isu pertama dicetus Umno hampir-hampir memecahkan PAS daripada dalam. “Isu kerajaan perpaduan pada awalnya ramai ahli dan pemimpin PAS keliru sehingga ada yang bersetuju. Isu tersebut dua kali dibincang pada muktamar termasuk di Ipoh, namun akhirnya perwakilan PAS menolak. “Diperbesarkan pula polemik kalimah Allah sehingga ada juga ahli dan penyokong PAS terpengaruh dengan kenyataan pemimpin Umno. “Namun akhirnya pemimpin tertinggi PAS buat keputusan agama sanawi boleh gunakan kalimah Allah,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan kali ke-44 PAS Kota Bharu di Kelantan Trade Centre di sini, semalam. Hadir sama Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, timbalannya, Datuk Takiyuddin Hassan dan Naib Ketua, Datuk Anuar Tan Abdullah. Hampir 1,000 perwakilan dan pemerhati termasuk pemimpin PKR Cabang Kota Bharu, DAP Bahagian Kota Bharu serta masyarakat bukan Islam hadir.
“Agenda besar yang dirancang tersebut bertujuan memecahkan PAS daripada Pakatan. Perangkap besar tersebut sudah dipasang namun masih tidak mengena,” ujarnya. Pada mesyuarat tersebut beberapa tokoh veteran PAS menerima saguhati setengah Dinar emas iaitu Ismail Mohamad, Tengku Jaafar Tengku Ahmad, Mohd Amin Salleh dan bekas pemimpin PRM, Lee Han Tie. Manakala Yaakub Awang diisytiharkan Tokoh PAS Kota Bharu 2011. Beliau menerima satu Dinar, sijil dan buku Sejarah PAS Kelantan. Sementara itu pada pemilihan jawatankuasa PAS Kota Bharu sesi 2011-2013 yang diadakan, jawatan-jawatan utama kekal tanpa bertanding. Manakala anggota jawatankuasa yang dipilih iaitu Aidy Hassan, Nor Azariza Mohd Alawi, Mohd Adilan Mat Jusoh, Mohd Saiba Yaakub, Mohd Baharudin Mohd Nor, Nasrudin Mahmud Muhaidin, Mohamad Kamal Khatib, Azhari Abdul Rahman, Nor Hashimah Deraman, Rosli Abdul Razak, Syarifah Mariam Syed Alwi, Mohd Ridhuan Nawi, Hanafi Muhamad, Mohd Noor Mohd Yusof dan Husin Mansor. |
ARTIKEL SEBELUM
23/04/11
Srategi Umno runtuhkan Pakatan Rakyat gagal
NEWS ONLINE
-
Miri bangkit sebagai hab hiburan serantau Borneo7 bulan yang lalu
-
DAP aktifkan jentera pilihan raya serta merta3 tahun yang lalu
-
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri6 tahun yang lalu
-
Jangkitan beguk, murid SK Bukit Sentosa stabil7 tahun yang lalu
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata8 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni9 tahun yang lalu
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar9 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan11 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MINDA DAN AGAMA
-
BERPINDAH SEKOLAH TEMPAT BERKHIDMAT11 bulan yang lalu
-
Bahasa Arab Perlu Ditekankan Sejak Awal Persekolahan6 tahun yang lalu
-
Ayat Penawar Sakit6 tahun yang lalu
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT7 tahun yang lalu
-
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?9 tahun yang lalu
-
Sajak "Keretapi Malam"11 tahun yang lalu
-
-
Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran12 tahun yang lalu
-
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH12 tahun yang lalu
-
-
-
-
DALIL TENTANG MAULID NABI MUHAMMAD SAW12 tahun yang lalu
-
-
Sebenar-benar sahabat14 tahun yang lalu
-
Jahil Masyuk!15 tahun yang lalu
-
MENGENAL DIRI YANG KE 7815 tahun yang lalu
posting terkini dari batuvskayu
-
Perutusan Dari Tun Mahathir5 tahun yang lalu
Sukan
-
-
Announcing Nas.io3 tahun yang lalu
-
The Return Of "MakHangpa"8 tahun yang lalu
-
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani (Nov. 2016)9 tahun yang lalu
-
Arsenal bakal sambar Reus10 tahun yang lalu
-
KITA MENANG LAPAN KALI!!!!!13 tahun yang lalu
-
-
Strategi tersebut iaitu isu kerajaan perpaduan, polemik kalimah Allah, tindakan Umno menghantar Tun Abdullah Ahmad Badawi menemui pemimpin utama PAS dan video lucah mirip pemimpin Pakatan Rakyat.
Mohd Nizar yang juga anggota jawatankuasa PAS Pusat berkata, paling mendebarkan usaha memecahkan PAS dengan Pakatan Rakyat berlaku apabila Pak Lah menemui Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang atas jemputan Yang di-Pertuan Agong menghadiri majlis makan malam di Istana Terengganu Kuala Lumpur.