Tajuk utama Berita Harian berbunyi: “Anwar tiada kredibiliti”, demikianlah dakwaan blogger Raja Petra Kamaruddin. Beliau mendakwa Anwar tidak mampu memimpin Pakatan Rakyat . Kata RPK:
“Anwar gagal menjaga parti komponen (pakatan) dan menjaga pemimpin. Alasan yang diberi, kita (sebagai pembangkang) bagi kebebasan bersuara, tapi itu pun tak betul sebab apabila sesiapa mengkritik pemimpin, dia ambil tindakan terhadap mereka... kebebasan tidak diberi,” .
Hairan RPK inilah yang telah melarikan diri dari Negara, bolos imigresen dan melompat ke sana-sini atas alasan diburu polis dan pihak kerajaan. Beliaulah selama ini menggunakan blog dan laman web kendaliannya untuk menyerang kerajaan padat dengan maki hamun dan kata-kata kesat dan lucah. Anehnya beliaulah yang paling diminati sesetengah pihak dan menjadi rujukan pula.
Hari ini RPK bertukar kulit dari pengkritik dan pemaki hamun BN dan kerajaan tiba-tiba menjadi pengkiritik dan pemaki hamun PR dan Anwar Ibrahim. Berdirilah sebaris RPK bersama Ezam Md Nor, Nala, Gobala, Zul Nordin dan lain-lain.
Kalau benar Anwar hilang kredibiliti sebagaimana beliau dakwa, diambang PRU Sarawak pula tu, RPK apa kurangnya. Bukankah beliau yang paling ke hadapan menghangatkan kes Altantuya satu ketika dahulu. Laman web beliau Malaysia Today menjadi rujukan kes ini oleh sesetengah pihak yang lapar berita dan maklumat. Tiba-tiba hari ini dengan penuh kredibilit (?) RPK dakwa apa yang ditulisnya selama ini berkenaan Altantuya dan penglibatan Najib dan Rosmah bukan maklumat beliau tetap[i dari pihak ketiga.
Beliau sekadar menulis apa yang didengarinya tetapi maklumat sebenar bukan dari beliau tetapi orang lain........demikianlah orang punya kredibiliti?!
Bermakna selama ini RPK lah “spinner” pemutar belit berita yang paling tersohor dan paling tinggi standard nya, mengatasi Utusan Malaysia dan TV3. Kebetulan kononnya pengakuan RPK itu terbit eksklusif dalam TV3.
Anwar RPK tuduh tiada kredibiliti, jika benar begitu RPK bagaimana?
Episod politik murahan RPK ini seharusnya menjadi iktibar kepada semua blogger dan penulis serta pengkritik bebas dalam Negara. Kita bebas menulis di alam maya ini tetapi berhati-hatilah, periksa fakta dan pastikan ketepatan maklumat kita. Elakkan dari maki hamun, menyumpah, melaknat bimabng anti satu hari kita menjadi lebih buruk dari yang dimaki, disumpah dan dilaknat itu.
Selamat maju jaya RPK di bawah penaja baru.