ARTIKEL SEBELUM

29/04/11

Ribuan dijangka banjiri ceramah Anwar di Bandar Baru Ampang malam ini

KUALA LUMPUR: Ribuan rakyat dijangka membanjiri ceramah perdana yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bandar Baru Ampang malam ini, bagi mendengar penjelasan beliau terhadap isu dan senario politik semasa.

Ketua Umum Keadilan itu dijangka akan membongkar lebih banyak bukti kepincangan berhubung perkembangan kes Fitnah 2 dan terbaru, video seks fitnah, yang kini disiarkan secara berleluasa di internet tanpa sekatan dari kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Ceramah perdana bertema ‘Kebangkitan Rakyat Sarawak’ itu bakal berlangsung di Dewan Nusa Bakti, turut menampilkan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden, Tian Chua dan Ketua Wanita nya, Zuraida Kamaruddin.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang ketika dihubungi berkata, program itu memberikan peluang kepada rakyat, khasnya warga Ampang untuk mendapatkan maklumat terkini daripada Anwar dan pimpinan KEADILAN.

“Datuk Seri (Anwar) mungkin akan mengupas isu terkini tentang perkembangan kes fitnah tetapi saya lebih suka sekiranya beliau mengulas isu keadaan dan senario politik negara,”

“Isu bodoh seperti video seks yang dilakukan puak-puak Umno ini sepatutnya diabaikan dan tidak diletakkan perhatian kerana ia isu yang tidak releven,” kata Zuraida.

Katanya, lokasi Bandar Baru Ampang juga dilihat mampu menarik rakyat pelbagai kaum untuk ke program tersebut, memandangkan komposisi penduduk di kawasan itu yang rata-ratanya terdiri daripada kaum Melayu dan Cina.

Dalam pada itu, Zuraida berkata, KEADILAN juga mengesan perbuatan yang dilakukan penyokong Umno apabila membuat provokasi dengan menaikkan banner di sekitar kawasan Ampang.

“Namun saya telah menerangkan kepada petugas kita supaya mengawal tindakan tersebut,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai permit polis pula, beliau berkata, iat sudah lama diperolehi dan polis di kawasan Ampang memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap penganjuran ceramah malam ini.

” Saya jangka ia berjalan lancar kecuali kalau berlaku provokasi daripada kalangan penyokong Umno,” katanya.- keadilandaily

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud