ARTIKEL SEBELUM

28/04/11

Polis rakam kenyataan Anwar esok

Seorang pegawai dari ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman akan merakam kenyataan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim esok berhubung laporan polisnya berkaitan video seks yang ditayangkan di Hotel Carcosa Seri Negara, bulan lalu.

NONEIni adalah kali kedua Anwar akan memberi kenyataan berhubung perkara tersebut.

Kenyataan pertama Anwar dirakamkan bulan lalu apabila beliau
membuat laporan polis selepas video yang memaparkan aksi seks seorang lelaki, ditayangkan di hotel mewah itu pada 21 Mac lalu.

Menurut kenyataan parti itu petang ini, kenyataan Anwar akan dirakamkan oleh 'DSP Shanmugamoorthy' pada jam 2.30 petang di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya.

Satu sidang akhbar akan diadakan oleh Anwar selepas kenyataannya dirakamkan, kata kenyataan itu.- mkini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud