MUKAH: Kekacauan dan provokasi melampau penyokong Barisan Nasional (BN) ketika program ceramah KEADILAN di Bandar Mukah dengan polis ‘menutup mata’, membuktikan lagi BN terdesak, kata Calon KEADILAN Balingian, Suriati Abdullah.
“Saya kecewa dengan polis yang berada di tempat tersebut tetapi tidak mengendahkan kejadian yang berlaku, malah membiar pelakuan petugas BN.
“Ceramah mendapat kelulusan polis tapi dibatal apabila kehadiran ramai orang. Petugas BN mengugut pemilik rumah, Allment July di kampung Tega Mukah supa tidak mengadakan ceramah jika mahu selamat,” katanya.
Beliau terkejut dengan ugutan penyokong BN itu dan membuat laporan polis tetapi terpaksa membatalkan ceramah demi keselamatan tuan rumah sekeluarga dan seluruh jentera Pakatan Rakyat.
Suriati meminta polis supaya menjalankan tanggungjawab secara adil, profesional dan tidak berat sebelah.
“Saya harap polis berlaku adil serta mengambil tindakan terhadap kebiadapan dan tidak bermoral yang menghalang demokrasi dan kebebasan di negara ini yang dilakukan oleh petugas-petugas BN,” katanya.
Beliau berkata, suasana itu memberi gambaran betapa pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian selama ini tertekan dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai penyandang kerusi.
www.keadilandaily.com