ARTIKEL SEBELUM

27/04/11

Pemandu kereta yang terjunam di KB Mall dihukum penjara

Mungkin ramai yang masih ingat, tragedi sebuah kereta Ford Laser yang terjunam ke dalam Kompleks Membeli belah KB Mall, di Kota Bharu pada 2009 sehingga menyebabkan dua orang maut. (lihat foto)


kelihatan ford laser itu terjunam di eskalator kb mall


Hari ini, pemandu kereta berkenaan, iaitu seorang penjaga burung layang- layang dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret kerana kecuaian itu.


Masjistret Norhaslinda Che Seman menjatuhi hukuman itu selepas Mohd Sabri Jusoh, 29, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan disabitkan bersalah.

Dia dituduh menyebabkan kematian dengan cuai terhadap Siti Amira Shamsudin, 19, dan Siti Nur Dianah Azman, 23, di kawasan itu, pada 5.10 petang, 6 Disember 2009.



Mohd Sabri didakwa di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Selain mengakibatkan kematian dua penuntut kejururawatan Kolej Masterskill Kota Baharu itu, seorang rakan mereka turut cedera parah ditimpa Ford Laser yang terjunam dan menimpa mangsa dari tempat letak kereta di tingkat tiga KB Mall itu selepas merempuh dinding lubang angin di situ.

Siti Amira, dari Gua Musang, mati di tempat kejadian, manakala rakannya, Siti Nur Dianah, dari Wakaf Bharu, Tumpat, meninggal dunia ketika dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).

Rakan kolej mereka, Rashidah Ahmad Lotfi, 24, dari Jerteh, Terengganu dan Nor Ain Said, 19, yang cedera parah di kepala, telah dirawat di hospital yang sama. - BERNAMA

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud