ARTIKEL SEBELUM

6/04/11

PAS DINAFIKAN KEMENANGAN KERUSI MUARA TUANG ?

PAS dinafikan kemenangan oleh SPR apabila TIDAK DIISYTIHAR memenangi TANPA BERTANDING kerusi N15 DUN Muara Tuang meskipun dengan jelas calon BN, iaitu adik Taib Mahmud tidak menyerahan dokumen pencalonan yang lengkap.


Calon PAs ialah Puan Noraini Hamzah.


PAS telah membuat bantahan tiga minit sebelum tamat tempoh masa bantahan iaitu jam 11 pagi ekoran calon BN DS Mohammad Ali Mahmud tidak menyertakan dokumen penyata perbelanjaan/kewangan semasa beliau bertanding pada PR 2006.


Mengikut Akta Pilihanraya, ia menjadi kemestian bagi seseorang calon untuk menyertakan penyataan kewangan berkenaan apabila menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding pada pilihanraya.

Sehingga ini jam 1 petang, pengurus pilihanraya Mohd Aini Mohamad tidak mengumumkan mestipun jelas menunjukkan kemenangan telah berpihak kepada PAS di pusat penamaan calon di Dewan Suarah Kota Samarahan itu mengikut perundangan.

Adalah dilaporkan bahawa calon BN, iaitu Dato Seri Mohamad Ali Mahmud telah diberi waktu "tambahan" untuk mendapatkan penyata perbelanjaan pilihanraya berkenaan, sehingga diserahkan kepada Pengurus Pilihanraya pada kira-kira jam 1 petang, iaitu telah melebihi waktu bantahan. klik sini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud